Selepas saman, C4 persoal sokongan Azam terhadap pemberi maklumat sebelum ini

Topik: Kebebasan MACCRasuah Politik & Kepentingan BerkonflikUrus Tadbir Baik & Anti-RasuahAkta Pemberi Maklumat
Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/01/07/selepas-saman-c4-persoal-sokongan-azam-terhadap-pemberi-maklumat-sebelum-ini/
Liputan oleh: Free Malaysia Today

Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) mempersoalkan sama ada sokongan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki terhadap pemberi maklumat sebelum ini hanyalah “cakap kosong”.

Ini susulan saman yang difailkan Azam terhadap aktivis anti rasuah Lalitha Kunaratnam, yang menulis artikel dua bahagian yang disokong oleh dokumen yang boleh diakses secara umum memperincikan dakwaan pemilikan berjuta-juta saham oleh Azam dalam dua syarikat tersenarai awam.

“Reaksi yang ditunjukkannya memberi satu lagi tamparan buruk kepada kredibiliti SPRM, iaitu sebuah institusi yang telah pun ‘dimusnahkan’ oleh rasuah dan skandal jenayah melibatkan pegawainya sendiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Ironi yang paling kejam ialah daripada semua orang, Azam sepatutnya membantu Lalitha mendapatkan perlindungan sebagai pemberi maklumat.”

C4 turut mendakwa bahawa Azam memberitahu media mengenai sokongannya terhadap pindaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 pada 17 Nov tahun lalu.

“Saya percaya lebih ramai orang boleh menjadi pemberi maklumat sekiranya mereka yakin terdapat undang-undang berkaitan untuk melindungi mereka,” katanya.

Bagaimanapun ia berkata, “seperti yang dibuktikan oleh kes ini, peruntukannya sama sekali tidak mencukupi untuk tujuan perlindungan. Mereka tidak menggalakkan atau memberi keyakinan kepada bakal pemberi maklumat untuk tampil dengan maklumat”.

Menurutnya, Azam patut menarik semula surat tuntutan itu dan membuktikan kepada orang ramai bahawa SPRM benar-benar menyokong perlindungan terhadap pemberi maklumat.

“Beliau mesti berhenti melakukan ugutan terhadap pemberi maklumat dan di tengah-tengah kritikan yang semakin meningkat, mengisytiharkan hartanya sekali,” katanya.

Share:

Related Post

Proposed amendments to separate the Attorney General and…

25 JUNE 2026PRESS STATEMENT On 22 June 2026, a parliamentary special select committee (PSSC) report was released…

JOINT STATEMENT: Civil society demands that the government commit to an effective, progressive, and rights-focused FOI framework

JOINT STATEMENT: Civil society demands that the government…

23 JUNE 2026 Civil society demands that the government commit to an effective, progressive, and rights-focused FOI…

C4 Center Announces Planned Leadership Transition  

C4 Center Announces Planned Leadership Transition  

19 MAY 2026  PRESS STATEMENT   The Center to Combat Corruption and Cronyism (C4 Center) announces that Pushpan  Murugiah…