Salah faham antara Ahli Majlis MBPJ, Datuk Bandar selesai

Related News: https://www.sinarharian.com.my/article/261467/edisi/selangor-kl/salah-faham-antara-ahli-majlis-mbpj-datuk-bandar-selesai

Coverage by: Sinar Harian

PETALING JAYA – Salah faham yang berlaku antara Ahli Majlis dengan Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Azhan Md Amir dalam Mesyuarat Penuh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada Selasa lalu telah diselesaikan secara baik.

Exco Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam Negeri Selangor, Ng Sze Han berkata, pada pagi Jumaat telah berlangsung pertemuan antara Mohamad Azhan bersama Ketua Whip Ahli Majlis MBPJ, Terence Tan Teck Seng, Ahmad Akhir Pawan Chik serta Zamri Mohamad.

Menurutnya, turut hadir pada mesyuarat itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan, Syamsul Firdaus Mohamed Supri dan ADUN Bandar Utama, Jamaliah Jamaluddin.

Ujarnya, semua pihak telah berbincang dengan harmoni bagi menjernihkan salah faham yang berlaku pada mesyuarat penuh tersebut.

“Semoga persefahaman yang baik ini dapat diteruskan dengan lebih erat untuk kelestarian Bandaraya Petaling Jaya.

“Kerajaan negeri Selangor sentiasa menitikberatkan semangat bekerjasama dan bermuafakat dalam mencari jalan penyelesaian kepada perkara-perkara berbangkit demi kebaikan warga Selangor,” katanya menerusi kenyataan.

Media sebelum ini melaporkan mesyuarat penuh MBPJ pada Selasa berakhir secara tiba-tiba selepas 19 daripada 24 Ahli Majlis bertindak keluar kerana tidak bersetuju mengenai prosedur dalam kelulusan projek pembangunan di Lorong Sultan.

Menurut laporan, seramai 19 Ahli Majlis itu dilaporkan tidak bersetuju dengan kenyataan Mohamad Azhan bahawa Ahli Majlis bukan pembuat keputusan dalam perbincangan Unit Pusat Sehenti (OSC) MBPJ dan mereka hanya berada di situ untuk memberi input dalam aspek sosial dan politik.

Laporan menyebut, Ahli Majlis itu keluar daripada mesyuarat untuk melindungi kepentingan majlis bandaran kerana apa sahaja keputusan yang dibuat berhubung pembangunan itu akan digunakan sebagai rujukan sekiranya timbul sebarang isu kemudian.

SHARE THIS:

FACEBOOK
TWITTER

THANK YOU!

All publications by C4 Center are downloadable for free. Much resources and funds have been put into ensuring that we conduct cutting edge research work for these issues to be brought to the attention of the general public, authorities, as well as public policymakers and lawmakers. If you like our work, please do consider supporting us by donating to us. Your financial support will go a long way in ensuring that we can continue fighting for a clean, and better, Malaysia.