Rujuk individu berunding dengan Goldman Sachs ke PAC, kata C4

Related News: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/03/01/rujuk-individu-berunding-dengan-goldman-sachs-ke-pac-kata-c4/

Coverage by: Free Malaysia Today (FMT)

PETALING JAYA: Mereka yang terlibat dalam rundingan antara Putrajaya dan Goldman Sachs berhubung skandal 1MDB harus dirujuk ke Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), kata kumpulan anti-rasuah.

Pushpan Murugiah, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4), berkata terdapat persoalan yang tidak terjawab seperti mengapa Malaysia bersetuju dengan jumlah penyelesaian yang rendah dan siapa orang penting di sebalik perjanjian itu.

“Bagaimana kita ingin memastikan bahawa tidak ada sesiapa yang mengaut keuntungan ke atas aset ini dengan memanipulasi nilainya? Sifat keseluruhan transaksi yang rumit itu memerlukan akauntabiliti dan ketelusan yang lebih baik. Ini perlu dilihat dengan serius oleh PAC atau jawatankuasa pilihan parlimen,” kata Pushpan kepada FMT.

“Jika tiada alasan yang boleh diterima mengapa diskaun (dalam penyelesaian) diberikan kepada Goldman Sachs, mereka yang terlibat dalam rundingan dan proses membuat keputusan mesti dipertanggungjawabkan dan jika rasuah terlibat, mereka mesti didakwa dan dibawa ke muka keadilan.”

Pada 2020, kerajaan yang dipimpin oleh perdana menteri ketika itu Muhyiddin Yassin mencapai penyelesaian dengan Goldman Sachs yang melibatkan bank pelaburan membayar kerajaan USD2.5 bilion tunai dan menjamin pulangan USD1.4 bilion aset 1MDB yang dirampas pihak berkuasa di seluruh dunia.

Goldman Sachs telah bertindak sebagai penasihat kewangan dan pengurus utama untuk tiga bon yang diterbitkan oleh 1MDB bernilai USD6.5 bilion, memperoleh yuran USD606 juta dalam proses itu.

Pushpan berkata, terdapat juga kebimbangan bahawa transaksi itu dilakukan tanpa pengawasan yang sewajarnya dan mempersoalkan bagaimana aset USD1.4 bilion itu akan dikembalikan.

Sementara itu, bekas pegawai tertinggi Perbendaharaan Ramon Navaratnam berkata, penyelesaian yang dirundingkan mungkin tertakluk kepada penyalahgunaan, kerana tidak ada pihak ketiga untuk menimbang tara angka yang dicapai.

Beliau berkata, dalam kes Goldman Sachs, kerajaan sekarang harus menjalankan audit untuk mengisytiharkan apa yang akan dilihat sebagai penyelesaian yang munasabah dan adil.

“Kedua-dua pihak akan mengatakan ia adalah tawaran yang bagus, tetapi sesiapa sahaja boleh melihat ia adalah jumlah yang kecil. Mengapa tidak pergi ke mahkamah atau melalui timbang tara? Dan jika mereka didapati tidak adil dan tidak munasabah, biarkan seluruh dunia tahu bahawa gergasi kewangan besar ini menyalahgunakan integritinya dalam memberikan jumlah yang kecil.

“Ini adalah kes mengenai ketidakjujuran yang jelas. Anda mendapat begitu banyak, bagaimana anda berpuas hati dengan jumlah yang sedikit? Audit profesional yang ketat, oleh pihak seperti Tabung Kewangan Antarabangsa atau Bank Dunia, atau mana-mana kumpulan antarabangsa (diperlukan),” kata bekas timbalan ketua setiausaha Perbendaharaan itu.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Titiwangsa Johari Ghani berkata, “sangat jelas” bahawa Goldman Sachs “menipu” kerajaan.

“Yang pelik ini, kita dah tahu mereka salah, tetapi kenapa kita selesaikan ‘settlement’ ini dengan begitu rendah sekali.

“Kita selesaikan hanya USD2.5 bilion. Sedangkan kita ada USD6.5 bilion,” katanya dalam perbahasan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada Isnin.

SHARE THIS:

FACEBOOK
TWITTER

THANK YOU!

All publications by C4 Center are downloadable for free. Much resources and funds have been put into ensuring that we conduct cutting edge research work for these issues to be brought to the attention of the general public, authorities, as well as public policymakers and lawmakers. If you like our work, please do consider supporting us by donating to us. Your financial support will go a long way in ensuring that we can continue fighting for a clean, and better, Malaysia.