‘Perbanyak program kesedaran rasuah, elak negara terjejas’

Topik: Good Governance & Anti-Corruption

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/164379

Liputan oleh: Sinar Harian

Aktiviti kesedaran dan program memerangi rasuah perlu diadakan dengan lebih kerap serta terbuka dalam usaha membendung jenayah tersebut yang kini sudah berada di tahap kritikal.

Pengurus Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4), Sudhagaran Stanley berkata, sekiranya tiada perubahan atau langkah yang diambil bagi membanteras jenayah rasuah dikhuatiri bukan sahaja menjejaskan sesebuah negara malah kesannya turut akan dirasai oleh rakyat.

“Kerana itulah kita di C4 Center dan juga rakan perjuangan di Rasuah Busters faham betapa pentingnya sesi kesedaran dan dialog seumpama ini, bagi membincangkan isu-isu yang penting secara terbuka dan mengambil langkah kolektif untuk memperbaiki masalah rasuah.

“Jika tiada langkah yang diambil bagi sektor ekonomi, kesihatan, pekerjaan, pendidikan dan banyak lagi akan ranap. Malah frasa ‘cash is king’ tidak mustahil akan menjadi realiti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada webinar bertajuk Bersama Memerangi Rasuah yang dianjurkan oleh C4, Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) dan Rasuah Busters pada Khamis.

Hadir sama sebagai panelis ialah Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Izani Wan Ishak; Presiden UNI-MLC, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal; Pengarah Bahagian Penyelidikan Anti-Rasuah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC), Rasidah Abdul Karim dan Ketua Sekretariat Rasuah Busters, Nurhayati Nordin.

Sementara itu Mohamad Shafie berpandangan, rasuah kini sudah menjadi suatu budaya yang sukar untuk dibuang memandangkan ia sudah begitu mesra dengan individu tertentu.

Justeru, pihaknya menyokong penuh segala usaha bagi membebaskan Malaysia daripada cengkaman dan amalan rasuah.

“Sudah menjadi tanggungjawab setiap warga Malaysia menjaga nama baik Malaysia dari segi intergriti tanpa kompromi dan bermaruah.

“Amalan ini akan menjadi teladan yang baik kepada generasi akan datang,” katanya.

SHARE THIS:

FACEBOOK
TWITTER

THANK YOU!

All publications by C4 Center are downloadable for free. Much resources and funds have been put into ensuring that we conduct cutting edge research work for these issues to be brought to the attention of the general public, authorities, as well as public policymakers and lawmakers. If you like our work, please do consider supporting us by donating to us. Your financial support will go a long way in ensuring that we can continue fighting for a clean, and better, Malaysia.