Kakitangan bahagian perolehan syarikat berisiko tinggi terdedah rasuah

Topik: Procurement

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/164385/BERITA/Nasional/Kakitangan-bahagian-perolehan-syarikat-berisiko-tinggi-terdedah-rasuah-1.164385

Liputan oleh: Sinar Harian

SHAH ALAM – Pegawai dan kakitangan di bahagian perolehan dalam sesebuah syarikat dikenal pasti berisiko tinggi terdedah kepada gejala rasuah kerana mereka mempunyai segala maklumat yang diperlukan oleh pembekal atau kontraktor bagi merebut tender atau projek.

Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Izani Wan Ishak berkata, pembocoran maklumat itu tidak akan berlaku dengan sendirinya melainkan terdapat tawaran lumayan yang disediakan oleh pembekal atau kontraktor.

“Apabila kontraktor atau pembekal dapat tahu harga dan standard yang diperlukan oleh sesebuah syarikat untuk satu projek, ia akan menjadi kelebihan untuk mereka dalam merebut atau memenangi tender.

“Malah hasil siasatan kita juga mendapati pegawai yang bekerja di bahagian perolehan tidak kira di sektor kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau swasta, mereka juga akan membantu petender untuk dapat sebut harga, seterusnya memudahkan mereka untuk mendapatkan projek,” katanya.

Beliau berkata demikian pada webinar bertajuk Bersama Memerangi Rasuah yang dianjurkan oleh Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4), Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) dan Rasuah Busters pada Khamis.

Hadir sama sebagai panelis ialah Presiden UNI-MLC, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal; Pengarah Bahagian Penyelidikan Anti-Rasuah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC), Rasidah Abdul Karim; Pengurus C4 Center Sudhagaran Stanley, dan Ketua Sekretariat Rasuah Busters, Nurhayati Nordin.

Mengulas lanjut beliau berkata, sebelum ini, antara halangan SPRM dalam menyiasat kes jenayah rasuah ialah kurang kerjasama daripada orang ramai terutamanya melibatkan individu yang berkuasa dan terdedah secara politik (politically exposed person).

Namun katanya, disebabkan kesedaran berkaitan jenayah rasuah sudah mula timbul dalam masyarakat, kini pihak SPRM tidak mempunyai masalah dalam menyiasat kes yang melibatkan jenayah tersebut.

SHARE THIS:

Share on facebook
FACEBOOK
Share on twitter
TWITTER

THANK YOU!

All publications by C4 Center are downloadable for free. Much resources and funds have been put into ensuring that we conduct cutting edge research work for these issues to be brought to the attention of the general public, authorities, as well as public policymakers and lawmakers. If you like our work, please do consider supporting us by donating to us. Your financial support will go a long way in ensuring that we can continue fighting for a clean, and better, Malaysia.