Kekurangan bukti cabaran besar mendakwa perasuah

Related News: https://www.sinarharian.com.my/article/211317/KHAS/Sinar-Rasuah-Buster/Kekurangan-bukti-cabaran-besar-mendakwa-perasuah

Coverage by: Sinar Harian

SHAH ALAM – Kekurangan bahan bukti antara cabaran paling besar yang dihadapi oleh masyarakat serta pihak penguatkuasaan dalam melaporkan segala aktiviti melibatkan rasuah, penyelewengan atau ketirisan dalam sesebuah organisasi di negara ini.

Penyelidik Undang-undang Pusat Memerangi Kronisme dan Korupsi (C4) Centre, Arief Hamizan berkata, dalam kes-kes jenayah rasuah, pihak pendakwa perlu mempunyai bukti-bukti yang melampaui sebarang keraguan munasabah.

“Pada saya, untuk kita benar-benar banteras rasuah, penyelewengan, ketirisan dan semua ini, kita perlukan bukti dan bukti itu harus datang daripada pekerja sendiri.

“Sebab orang yang melakukan rasuah tersebut, mereka tidak akan senang-senang beri bukti tersebut pada agensi penguatkuasaan.

“Agensi penguatkuasaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis tidak akan tahu ada penyelewengan atau kesalahan di tempat-tempat kerja selain dari kita sendiri melepaskan tanggungjawab kita dalam melawan rasuah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sebagai panelis dalam Forum Khas bertajuk Ketirisan Pemusnah Kesejahteraan Pekerja pada Khamis.

Program yang dihoskan oleh Dr G Manimaran itu turut menampilkan barisan panelis seperti Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC), Datuk Mohamed Shafie BP Mammal; Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani dan penceramah bebas, Husni Abdul Rahman.

Barisan panelis dalam Forum Khas bertajuk Ketirisan Pemusnah Kesejahteraan Pekerja pada Khamis.
Bagaimanapun, Arief berkata, orang ramai tidak perlu risau dan digalakkan supaya melaporkan sebarang aktiviti rasuah di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.


Menurutnya, melalui akta berkenaan, agensi akan merahsiakan identiti orang yang memberi maklumat mengenai kesalahan rasuah yang dilakukan bagi melindungi mereka daripada diganggu oleh perasuah tersebut.

“Jadi di bawah akta itu, kita boleh hubungi dahulu agensi penguatkuasaan untuk beritahu mereka ‘saya ada maklumat tetapi saya mahukan perlindungan’.

“Selepas kita beri maklumat dan agensi penguatkuasaan itu sahkan bahawa kita dapat perlindungan, pertamanya kita akan dapat perlindungan identiti. Kedua, kekebalan daripada tindakan guaman sama ada sivil atau jenayah.

“Ketiga kita juga mendapat pelindungan daripada tindakan yang memudaratkan seperti ugutan, gangguan, penurunan pangkat dan diskriminasi di tempat kerja,” ujarnya.


© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Share:

Related Post

JOINT STATEMENT: Ranked 6th from the bottom, Malaysia’s…

17 AUGUST 2026 The Center to Combat Corruption and Cronyism (C4 Center), the Centre for Independent Journalism…

Pakatan Harapan’s triple election losses: A cautionary tale…

4 AUGUST 2026 PRESS STATEMENT On 1 August 2026, the Negeri Sembilan state elections signalled an overwhelming…

Tabung Haji RCI: Political appointments must end now

Tabung Haji RCI: Political appointments must end now

31 JULY 2026 PRESS STATEMENT On 29 July 2026, the government declassified the Tabung Haji Royal Commission…