Institusi kehakiman diyakini rakyat – Pusat C4

Coverage by: BebasNews

Related News: https://bebasnews.my/2022/08/24/institusi-kehakiman-diyakini-rakyat-pusat-c4/

KUALA LUMPUR — Keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak semalam membuktikan tanggungjawab yang digalas oleh mereka yang memberi maklumat, menyiasat, menjalankan proses pengadilan dan menentang ketidakadilan akhirnya membuahkan hasil.

Menurut Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (Pusat C4) dalam kenyataan, selama bertahun-tahun organisasi tersebut bersama pihak lain menghadapi pelbagai cabaran bagi menegakkan kebenaran dalam kes berkenaan.

Menurutnya, hukuman terhadap Najib sekali gus mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap institusi kehakiman dan meniup semangat baharu untuk membangunkan Malaysia yang lebih baik.

“Usaha memerangi rasuah dan salah guna kuasa, wajarlah diteruskan sebagai rakyat mengambil iktibar bahawa kejayaan hanya boleh dicapai dengan usaha bersama.

“Keputusan bersalah bekas Perdana Menteri itu merupakan hasil keringat pemberi maklumat, media, penyiasat, organisasi masyarakat sivil, pegawai kerajaan dan orang awam yang tampil mendedahkan jenayah kepada orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu semalam panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara mengekalkan sabitan salah yang dikenakan terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Mahkamah tersebut turut mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dikenakan terhadap Najib sebelum ini.

Pusat C4 menjelaskan, perjuangan menentang rasuah dan penyalahgunaan kuasa akan berterusan, tetapi ia akan diperjuangkan dengan kepercayaan bahawa keadilan masih mampu ditegakkan.

Mengulas lanjut, keputusan semalam juga merupakan satu peringatan kepada mereka yang menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan diri sendiri malah mereka yang memanipulasi institusi-institusi awam untuk menyembunyikan kesalahan. — BebasNews

Share:

Related Post

JOINT STATEMENT: Ranked 6th from the bottom, Malaysia’s…

17 AUGUST 2026 The Center to Combat Corruption and Cronyism (C4 Center), the Centre for Independent Journalism…

Pakatan Harapan’s triple election losses: A cautionary tale…

4 AUGUST 2026 PRESS STATEMENT On 1 August 2026, the Negeri Sembilan state elections signalled an overwhelming…

Tabung Haji RCI: Political appointments must end now

Tabung Haji RCI: Political appointments must end now

31 JULY 2026 PRESS STATEMENT On 29 July 2026, the government declassified the Tabung Haji Royal Commission…