Bersama Memerangi Rasuah (Sesi 1): C4, UNI-MLC dan RasuahBusters (Ucapan penutup)

Sudhagaran Stanley, Pengurus Program C4 Center menyampaikan ucapan penutup secara langsung

30 September 2021

Selamat Sejahtera, dan Salam Perjuangan Malaysia Tanpa Rasuah.

Terima kasih kepada semua peserta yang hadir pada hari ini untuk program “Bersama Memerangi Rasuah” anjuran C4 Center, UNI-MLC (Union Network International – Malaysian Liaison Council) dan Rasuahbusters. Gejala rasuah dan tadbir urus yang buruk sudah menjadi sebagai satu pandemik di negara kita, di mana rasuah, kronisme dan salah guna kuasa menjadi normal ataupun seperti satu keadaan yang biasa di kalangan masyarakat kita.  Semakin hari semakin mendalam masalah rasuah yang kita hadapi di negara ini.

Semua lapisan masyarakat terlibat dalam gejala ini. Sektor-sektor awam, swasta, GLC, pendidikan, kesihatan, pembagunan, kewangan dan juga yang paling mengecewakan sekali, sektor penguatkuasa undang-undang seperti polis dan SPRM juga tidak terlepas.

Kita sekarang ini berada dalam satu situasi yang sangat serius, di mana, jikalau kita tidak berubah dan mengambil langkah-langkah untuk memperbaiki keadaan semasa, masyarakat dan negara kita akan tenggelam.

A total breakdown in governance and law and order will follow suit, and everything will be affected, from the economy to jobs, healthcare and education, we will all suffer as a nation and the phrase “cash is king” akan menjadi satu realiti.

Kerana itulah kita di C4 Center dan juga rakan perjuangan di RasuahBusters faham betapa pentingnya sesi kesedaran dan dialog seumpama ini, untuk membincangkan isu-isu yang penting secara terbuka dan mengambil langkah kolektif untuk memperbaiki keadaan.

Kami menjemput pihak UNION dan kesatuan perkerja untuk memainkan peranan masing-masing untuk membawa mesej anti-rasuah ini kepada semua pekerja-pekerja di bawah kesatuan anda. Kita perlu membina jentera anti-rasuah ini di semua lapisan masyarakat.

Ahli-ahli kesatuan yang terdiri daripada sektor GLC dan kerajaan menjadi benteng pertama untuk membasmi rasuah dan memupuk nilai tadbir urus yang baik di persekitaran mereka.

We must collectively demand for change in the environment that we work in. We must champion anti-corruption and good governance principle in our workplace.

Jikalau sesuatu amalan rasuah atau salah guna kuasa berlaku di hadapan pekerja, dia mesti berani tampil ke hadapan dan menyuarakan kijijikan kelakuan tersebut, dan membuat laporan kepada pihak berkuasa. Nilai ini mesti menjadi sesuatu kebiasaan untuk membasmi rasuah di kalangan kita yang pada hari ini berlaku secara terbuka di hadapan mata kita.

Seminar pada hari ini, adalah satu daripada tiga seminar yang akan dianjurkan oleh pihak C4 Center, RasuahBusters dan UNI-MLC. Di seminar yang akan datang pada bulan Oktober, kita akan berkongsi mengenai Akta Perlindungan Pemberi Maklumat, atau Whistle-Blower Protection Act (2010).

Adakah anda dilindungi sekiranya anda membuat laporan rasuah yang berlaku di tempat kerja anda? Apakah perlindungan yang diberikan? Bagaimana cara anda boleh membuat laporan? Contoh-contoh kes yang lalu ini semua kita akan berkongsi di dalam seminar yang akan datang pada bulan Oktober dan November. Jika keadaan mengizinkan, kita bolehlah membuat seminar tersebut secara fizikal, jika tidak, kita akan teruskan secara maya.

Butiran seminar tersebut akan dikongsikan kepada semua peserta apabila tarikh dan masa seminar ini dimuktamadkan. Saya harap para peserta pada hari ini akan turut berserta dalam sesi ke-dua yang akan dianjurkan nanti.

Saya berterima kasih kepada pihak UNI-MLC yang telah memberikan sokongan yang padu untuk penganjuran acara ini. Terima kasih kepada Datuk Shafie dan pasukannya.

Terima kasih juga kepada RasuahBusters yang memainkan peranan yang penting untuk menjayakan program ini, Puan Nurhayati dan Dr Manimaran.

Ribuan terima kasih juga kepada ahli panel kita hari ini, Datuk Izani dari MACC dan Puan Rasidah dari GIACC, serta Puan Nurhayati dari RasuahBusters yang telah memberikan perkongsian yang sangat bermanfaat untuk kita semua.

Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Pusat Governans, Intergriti & Anti-Rasuah Nasional, GIACC, sebagai salah satu penaja untuk program bersiri ini.

The fight for a clean Malaysia has begun.

Ayuh bersama memerangi rasuah dan menjadikan Malaysia bebas dari penjajahan amalan rasuah dan tadbir urus yang buruk.

The future is in our hands.

Sekian, terima kasih.


Maklumat lanjut mengenai Program Bersama Memerangi Rasuah Sesi 1 boleh didapati di: https://c4center.org/upcoming-bersama-memerangi-rasuah/

Ahli panel untuk program “Bersama Memerangi Rasuah Sesi 1” pada 30hb September 2021.

SHARE THIS:

FACEBOOK
TWITTER

THANK YOU!

All publications by C4 Center are downloadable for free. Much resources and funds have been put into ensuring that we conduct cutting edge research work for these issues to be brought to the attention of the general public, authorities, as well as public policymakers and lawmakers. If you like our work, please do consider supporting us by donating to us. Your financial support will go a long way in ensuring that we can continue fighting for a clean, and better, Malaysia.