Bentang RUU Ombudsman segera, C4 beritahu Putrajaya

Topic: Ombudsman Bill  

Related news: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/09/17/bentang-ruu-ombudsman-segera-c4-beritahu-putrajaya/

Coverage by: Free Malaysia Today

PETALING JAYA: Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) menggesa kerajaan segera membentangkan Rang Undang-undang Ombudsman bagi membolehkan badan bebas itu  menyiasat amalan salah penjawat awam menjelang 2022.

Kumpulan antirasuah itu berkata, sektor perolehan awam menjejaskan perniagaan Malaysia selama berdekad akibat amalan salahlaku.

Katanya, perolehan awam dibelenggu masalah harga terlalu tinggi, terlebih kos, kelewatan menyelesaikan projek, kualiti kerja rendah dan rasuah, walaupun terdapat dasar serta peraturan untuk membendung amalan salah.

“Pandemik Covid-19 dan tempoh perkembangan politik menganggu yang melanda negara menjejaskan pelbagai bidang reformasi utama yang sangat diperlukan untuk memperbaiki sistem pentadbiran negara, situasi sosiopolitk dan ekonomi secara keseluruhan,” kata C4 dalam kenyataan.

C4 menegaskan lima perkara untuk memastikan kejayaan sistem ombudsman di Malaysia:

  • Ombudsman perlu ditubuhkan sebagai badan bebas.
  • Ombudsman perlu bebas daripada campur tangan politik dan melalui proses wawancara ketat yang ditentukan Jawatankuasa Pilihan Parlimen.
  • Undang-undang khas perlu menentukan kuasa dan bidang kuasa ombudsman untuk menyiasat amalan salah dalam perkhidmatan awam.
  • Siasatan ombudsman perlu diumumkan.
  • Peruntukan belanjawan ombudsman perlu dibuat melalui Parlimen.

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, kerajaan dijangka membentangkan RUU Ombudsman tahun depan untuk menubuhkan badan aduan awam terhadap agensi kerajaan.

Share:

Related Post

JOINT STATEMENT: Ranked 6th from the bottom, Malaysia’s…

17 AUGUST 2026 The Center to Combat Corruption and Cronyism (C4 Center), the Centre for Independent Journalism…

Pakatan Harapan’s triple election losses: A cautionary tale…

4 AUGUST 2026 PRESS STATEMENT On 1 August 2026, the Negeri Sembilan state elections signalled an overwhelming…

Tabung Haji RCI: Political appointments must end now

Tabung Haji RCI: Political appointments must end now

31 JULY 2026 PRESS STATEMENT On 29 July 2026, the government declassified the Tabung Haji Royal Commission…