Tak wajar Sanusi pegang 8 portfolio, kata C4

Related News: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/08/27/tak-wajar-sanusi-pegang-8-portfolio-kata-c4/

Coverage by: Free Malaysia Today (FMT)

PETALING JAYA: Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) berkata ia tidak wajar untuk Menteri Besar Kedah Sanusi Nor memegang pelbagai portfolio dalam kerajaan negeri baharu.

Pengerusi C4, Edmund Terence Gomez, berkata perkara itu juga amat membimbangkan apabila Sanusi mempengerusikan jawatankuasa kewangan negeri yang boleh menghalang proses “semak dan imbang”.

“Orang yang berbeza harus memegang jawatan penting seperti itu. Ini bagi membolehkan semak dan imbang (dalam kerajaan negeri), iaitu bagaimana sistem demokrasi yang betul berfungsi,” katanya kepada FMT.

Bagaimanapun, beliau mengakui ini bukan kes terpencil, dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim turut menjadi menteri kewangan dalam kerajaan persekutuan.

Gomez juga berkata bilangan portfolio dalam exco kerajaan negeri boleh dikurangkan, sambil mengatakan mungkin terdapat pertindihan tanggungjawab dalam kalangan anggota exco yang boleh menjejaskan penyelarasan dan pelaksanaan dasar.

“Oleh kerana terdapat terlalu banyak jawatankuasa, adalah lebih baik bagi mereka untuk menggabungkan portfolio tersebut. Lebih sedikit jawatankuasa yang anda ada, lebih baik penyelarasan.

“Ini akan memudahkan proses mewujudkan dan melaksanakan dasar,” tambahnya.

Sanusi yang merupakan Adun Jeneri, mengetuai jawatankuasa perancang negeri; hal ehwal tanah, mineral dan geosains; hasil bumi; kewangan; syarikat berkaitan kerajaan; majlis tindakan ekonomi negeri serta pembangunan Kedah 2035, serta pembangunan dan kerjasama luar.

Gomez melahirkan kebimbangan terhadap Sanusi yang memegang kedua-dua sumber tanah dan portfolio mineral dan geosains, berikutan dakwaan mengaitkan menteri besar itu dengan penerokaan unsur nadir bumi (REE) secara haram di negeri itu.

“Memandangkan terdapat beberapa siri dakwaan yang dibuat terhadapnya membabitkan skandal REE, adalah menjadi kepentingan terbaiknya untuk tidak mengawal portfolio sedemikian.

“Orang lain harus memegang portfolio itu supaya ada semak dan imbang apabila menentukan bagaimana sumber tanah digunakan oleh negeri. Ini akan membantu mencetuskan ketelusan dan akauntabiliti dalam tadbir urus,” kata Gomez.

Pada kempen PRN 12 Ogos, Menteri Dalam Negeri Saifudin Nasution Ismail mengaitkan Sanusi dengan dakwaan penerokaan REE secara haram di Kedah.

Saifuddin juga menggesa Sanusi menjelaskan mengapa sebuah syarikat yang dikenakan denda kompaun pada Januari kerana mencuri REE kemudiannya diberi kelulusan untuk membangunkan “hutan pengeluaran”.

Share:

Related Post

JOINT STATEMENT: Ranked 6th from the bottom, Malaysia’s…

17 AUGUST 2026 The Center to Combat Corruption and Cronyism (C4 Center), the Centre for Independent Journalism…

Pakatan Harapan’s triple election losses: A cautionary tale…

4 AUGUST 2026 PRESS STATEMENT On 1 August 2026, the Negeri Sembilan state elections signalled an overwhelming…

Tabung Haji RCI: Political appointments must end now

Tabung Haji RCI: Political appointments must end now

31 JULY 2026 PRESS STATEMENT On 29 July 2026, the government declassified the Tabung Haji Royal Commission…