SPRM perlu perjelas kelewatan siasat nama disebut dalam kes Zahid, kata C4

Related news: https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/387456

Coverage by: The Malaysian Insight

PUSAT Membanteras Rasuah dan Kronisme (C4) adalah yang terbaharu menuntut siasatan berhubung kegagalan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat lebih awal berkenaan ahli politik yang dinamakan dalam perbicaraan rasuah Ahmad Zahid Hamidi berhubung sistem visa asing.

SPRM perlu menjelaskan kesilapan ini kerana ia pasti mengetahui kandungan lejar Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) di mana ahli politik disenaraikan sebagai penerima dana, kata C4 dalam satu kenyataan hari ini.

SPRM baru-baru ini mengumumkan akan memulakan siasatan terhadap mereka yang dinamakan selepas bukti dibangkitkan di mahkamah.

“SPRM patut disiasat kerana tindakan yang kelihatan tidak selektif ini.

“Dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen mesti mempersoalkan mengapa SPRM tidak melancarkan siasatan terhadap ahli politik lain walaupun mengetahui kandungan lejar itu terlebih dahulu,” kata C4 dalam satu kenyataan hari ini.

NGO antirasuah itu mengulas mengenai testimoni baru-baru ini oleh UKSB dalam perbicaraan rasuah yang sedang dijalankan Zahid berhubung sogokan bagi memastikan syarikat yang mengendalikan visa asing disimpan dalam kontrak oleh Kementerian Dalam Negeri. Zahid ketika itu adalah menteri dalam negeri.

Pembayaran itu yang disahkan oleh akaun UKSB termasuk bayaran bulanan kepada Zahid dari 2014 hingga 2018 bermula pada S$200,000 sebulan, dan meningkat kepada S$520,000 sebulan pada 2017.

RM1.3 juta lagi dibayar kepada menteri dalam negeri Muhyiddin Yassin pada 2018 dan RM3.7 juta kepada bekas menteri belia dan sukan Khairy Jamaluddin yang kini menteri kesihatan.

Dalam perbicaraan itu seorang bekas pengarah UKSB berkata RM200,000 dan RM300,000 turut diberikan kepada Reezal Merican Naina Merican dengan jumlah yang tidak diketahui kepada Hishammuddin Hussein, Shafie Apdal dan Anifah Aman.

Bukti dalam perbicaraan presiden Umno menunjukkan undang-undang pembiayaan politik diperlukan untuk menghentikan rasuah yang bertopeng sebagai derma politik, tambah C4.

Pengisytiharan aset juga harus diwajibkan di bawah undang-undang untuk menghalang aliran kekayaan haram.

C4 juga menggesa semua ahli politik yang dinamakan dalam perbicaraan Zahid menjelaskan penerimaan dana mereka daripada UKSB dan bagaimana wang itu digunakan.

“Penafian semata-mata hanya akan membawa kepada defisit kepercayaan yang lebih lanjut.

“Berapa banyak lagi kes rasuah politik melibatkan derma yang perlu kita tanggung sebelum kita mengambil tindakan?,” katanya. – 21 Jun, 2022.   

Share:

Related Post

Proposed amendments to separate the Attorney General and…

25 JUNE 2026PRESS STATEMENT On 22 June 2026, a parliamentary special select committee (PSSC) report was released…

JOINT STATEMENT: Civil society demands that the government commit to an effective, progressive, and rights-focused FOI framework

JOINT STATEMENT: Civil society demands that the government…

23 JUNE 2026 Civil society demands that the government commit to an effective, progressive, and rights-focused FOI…

C4 Center Announces Planned Leadership Transition  

C4 Center Announces Planned Leadership Transition  

19 MAY 2026  PRESS STATEMENT   The Center to Combat Corruption and Cronyism (C4 Center) announces that Pushpan  Murugiah…