Seminar Integriti Mengenai Penyahutanan

On 24 and 25 August 2016, ‘Seminar Integriti Mengenai Penyahutanan Bagi Zon Timur’ has been carried out in Tok Aman Bali Resort, Pasir Puteh, Kelantan, in collaboration with MACC Kelantan, Integrity and Governance Division, Prime Minister's Department and also C4 Center. It was 100 participants involved in the program comprising representatives from state government, MACC, Office of States Governments, federal departments, statutory bodies and the private sector such as MTIB, MTC, and KESEDAR and also include certain NGOs such as Malaysian Anti-Corruption Foundation (YARM), PEKA and indigenous people groups.

This seminar is a continuation prior to the report results that have been made by the C4 Center and presented to the MACC on logging issues in Kelantan. Generally, a major flood occurred in Kelantan has resulted severe environmental degradation due to the rampant illegal logging and poor forest governance. At the same time, C4 Center see such matters occur because of the opaque in forest management either in granting logging contracts or enforcement in monitoring logging activities. In addition, illegal logging become rampant because the weakness of logging policy in Kelantan and also weakness in public access to the information. These weaknesses led some to take advantage to lead the corrupt activities. In addition, main revenue for the Kelantan government are forestry. Thus, it is possible for corrupt activities occur in large scale and affect other areas, particularly the aboriginal settlements.

Therefore, C4 Center invite some representatives from indigenous people to tell the real conditions that occur in their area that affected direct impact from the flooding. The issue became more complicated when the land that used for logging is the native customary land and taken without any consultation with the indigenous community. The rampant illegal logging without recognition of native customary rights affect indigenous people very bad because native communities is very dependent on forest products to live. However, when it is destroyed, then living is just a mere memories without any heritage for future generations. C4 Center gives the opportunity for indigenous people to express their complaints, suggestions and improvements to address illegal logging problem and urges local government to recognize the native customary rights.

The seminar was to propose a solution so that logging activities can be controlled and illegal logging can be avoided. C4 Center hope that this program could be a starting point towards strengthening and improvement the image and the integrity of all parties involved related to the deforestation. In addition, C4 Center always open its door to continue working with government agencies in alleviating the issues related to corruption in order to advocate accountability and transparency as well.

The rest of the image of the event can be seen here
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pada 24 dan 25 Ogos 2016, ‘Seminar Integriti Mengenai Penyahutanan’ yang dijalankan di Tok Aman Bali Resort, Pasir Puteh, Kelantan merupakan hasil kerjasama daripada SPRM Kelantan, Bahagian Integriti dan Tadbir Urus, Jabatan Perdana Menteri dan juga Pusat C4. Penglibatan yang dianggarkan seramai 100 peserta terdiri daripada wakil kerajaan negeri, wakil SPRM, wakil dari Pejabat SUK Negeri-negeri, wakil Jabatan Persekutuan, wakil badan berkanun dan sektor swasta seperti MTIB, MTC, KESEDAR dan juga wakil NGO termasuklah Yayasan Anti Rasuah Malaysia, PEKA, Orang Asli dan juga Pusat C4.

Seminar yang dijalankan ini merupakan susulan hasil laporan yang telah dibuat oleh Pusat C4 dan dibentangkan kepada pihak SPRM mengenai isu-isu yang berbangkit dalam urusan pembalakan di negeri Kelantan. Secara umumnya, banjir besar yang berlaku di Kelantan pada tahun 2014 telah mengakibatkan kemusnahan alam yang teruk disebabkan oleh pembalakan haram yang berleluasa dan tadbir urus perhutanan yang lemah. Dalam masa yang sama, Pusat C4 melihat perkara sedemikian berlaku kerana wujudnya ketidaktelusan dalam pengurusan hutan sama ada dalam pemberian kontrak pembalakan mahupun penguatkuasaan dalam memantau kegiatan pembalakan. Selain itu juga, pembalakan haram berlaku secara berleluasa kerana kelemahan dasar pembalakan di Kelantan dan juga kelemahan kerajaan Kelantan dalam akses maklumat kepada pihak awam. Kelemahan-kelemahan ini mendorong sesetengah pihak untuk mengambil kesempatan bagi menjalankan kegiatan rasuah. Tambahan pula, pendapatan kerajaan Kelantan amat bergantung kepada hasil perhutanan. Hal ini tidak mustahil untuk berlakunya kegiatan rasuah dalam skala yang besar sehingga memusnahkan beberapa kawasan yang lain, khususnya petempatan orang asli.

Oleh kerana itu, Pusat C4 menjemput beberapa wakil dari orang asli untuk menceritakan keadaan sebenar yang berlaku di kawasan mereka yang terjejas kesan langsung daripada banjir besar tersebut. Isu pembalakan menjadi semakin rumit apabila tanah yang digunakan untuk tujuan pembalakan merupakan tanah adat orang asli dan diambil tanpa sebarang rundingan bersama masyarakat setempat. Pembalakan haram yang berleluasa tanpa mengiktiraf hak tanah adat orang asli memberikan kesan yang sangat buruk kerana masyarakat asli sangat bergantung kepada hasil hutan untuk hidup. Namun, apabila ianya telah dimusnahkan, maka yang tinggal hanyalah kenangan semata-mata tanpa sebarang warisan untuk generasi akan datang. Atas dasar tersebut, Pusat C4 memberikan peluang kepada orang asli untuk meluahkan hasrat, aduan, cadangan serta penambahbaikan bagi menangani isu pembalakan haram yang berleluasa dengan menggesa kerajaan tempatan mengiktiraf hak tanah adat orang asli.

Seminar yang dijalankan ini adalah untuk mencadangkan suatu jalan penyelesaian kearah kebaikan bersama supaya ketirisan yang berlaku daripada aktiviti pembalakan dapat dielakkan. Pusat C4 berharap agar program ini dalam menjadi satu titik permulaan kearah pemantapan dan peningkatan imej serta integriti semua pihak yang terlibat dalam urusan berkaitan dengan penyahutanan. Tambahan pula, Pusat C4 tidak menolak untuk terus bekerjasama bersama agensi kerajaan dalam membasmi isu-isu berkaitan dengan rasuah disamping mempromosikan akauntabiliti dan juga transparensi.

Gambar penuh program boleh lihat di sini