Kumpulan anti-rasuah persoal tiada bantahan Najib dapat semula pasport

Topik: Rasuah politik dan isu kepentingan konflik

Sumber: https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/346266

Liputan oleh: The Malaysian Insight


JABATAN Peguam Negara perlu menjelaskan kepada umum mengapa pendakwa raya tidak membantah permohonan Najib Razak untuk mendapatkan pasportnya bagi melakukan perjalanan ke luar negara, kata Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (Pusat C4).

Kumpulan anti-rasuah itu terkejut kerana Najib dibenarkan mendapatkan pasport antarabangsanya bagi melakukan perjalanan, berikutan beliau telah disabitkan dengan kesalahan rasuah dan pecah amanah.

“Kami mendesak Jabatan Peguam Negara dan pasukan pendakwaan untuk menjelaskan kepada orang ramai mengapa tidak ada bantahan ke atas permohonannya untuk mendapatkan semula pasport beliau buat sementara waktu.

“Terdapat alasan kukuh untuk bimbang tentang risiko penerbangan, kerana beliau dalam proses rayuan dan terus berdepan dengan tuduhan yang lebih besar di mahkamah termasuk berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan anak syarikatnya,” kata C4 Center dalam satu kenyataan.https://1e4e44dcf9ea680e4e64b0e9b6962e25.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-38/html/container.html

Semalam, Mahkamah Rayuan membenarkan Najib pergi ke Singapura bagi menziarahi anak perempuannya, Nooryana Najwa yang sedang menunggu masa untuk bersalin.

Kamaludin Md Said yang mempengerusikan panel tiga hakim, menyampaikan keputusan sebulat suara itu setelah mendengar hujahan peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari berkata, tidak ada bantahan dari pihak pendakwaan dan menyerahkan perkara itu kepada kebijaksanaan mahkamah.

Pusat C4 mempersoalkan tindakan pihak pendakwaan yang tidak menolak permohonan tersebut walaupun terdapat banyak pertuduhan dan beberapa tarikh perbicaraan terhadap Najib sedang berlangsung serta penangguhan berulang kali akibat Covid-19.

“Kami meminta penjelasan segera terhadap permohonan yang adil.

“Pusat C4 meminta alasan penuh disebalik keputusan untuk tidak membantah permohonan beliau bagi mendapatkan pasportnya.”

Share:

Related Post

Proposed amendments to separate the Attorney General and…

25 JUNE 2026PRESS STATEMENT On 22 June 2026, a parliamentary special select committee (PSSC) report was released…

JOINT STATEMENT: Civil society demands that the government commit to an effective, progressive, and rights-focused FOI framework

JOINT STATEMENT: Civil society demands that the government…

23 JUNE 2026 Civil society demands that the government commit to an effective, progressive, and rights-focused FOI…

C4 Center Announces Planned Leadership Transition  

C4 Center Announces Planned Leadership Transition  

19 MAY 2026  PRESS STATEMENT   The Center to Combat Corruption and Cronyism (C4 Center) announces that Pushpan  Murugiah…