Kuala Langat, Kearah Pusat Pencemaran

 

Sediakah kita menerima lebihan asap karbon, panas membahang yang tidak terhingga, banjir, kematian kehidupan liar, flora dan fauna? Apakah nasib rakyat yang berada di sekeliling Hutan Simpan Kuala Langat? Adakah kita bersedia dengan apa yang bakal terjadi jika Hutan Simpan Kuala Langat diteruskan penyahwartaannya?

Selepas mendengar perjuangan anak muda dalam membantah penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat (dalam Siri #1), pada minggu depan Suara Rakyat Malaysia bersama dengan C4 Center membawakan satu lagi perbincangan (Siri #2) mengenai daerah Kuala Langat. Kali ini kita akan membincangkan tentang “Kuala Langat: Ke Arah Pusat Pencemaran?".

Adakah tadbir urus alam sekitar dikendalikan dengan baik di negara kita? Adakah terdapat unsur-unsur politik dan pihak dengan konflik kepentingan yang meletakkan keuntungan sebelum rakyat (profit before people)? Apakah hubungan antara korupsi, pencemaran, kesihatan awam dan hak asasi manusia?

Ikuti sesi perbincangan anjuran Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dan C4 Center pada hari Isnin, 22 Febuari 2021, jam 8.30 malam, bersama Nur Sakeenah Omar daripada Greenpeace, Pua Lay Peng daripada Persatuan Tindakan Alam Sekitar Kuala Langat (PTASKL) dan Mohd Nazri Afrizal, residen-aktivis Kuala Langat di laman facebook SUARAM dan C4.