Kenapa AGC tak bantah permohonan Najib dapatkan semula pasport, soal badan antirasuah

Topik: Rasuah politik dan isu kepentingan konflik

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/10/19/kenapa-agc-tak-bantah-permohonan-najib-dapatkan-semula-pasport-soal-badan-antirasuah/

Liputan oleh: Free Malaysia Today

Jabatan Peguam Negara (AGC), termasuk pasukan pendakwaan perlu menjelaskan mengapa tiada bantahan dibuat terhadap permohonan Najib Razak untuk mendapatkan pasport antarabangsanya secara sementara, desak Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4).

Dalam kenyataan C4 berkata, adalah mengejutkan bekas Perdana Menteri itu dibenarkan melakukan perjalanan luar negara, selepas mengambil kira beliau sudah dijatuhkan hukuman dalam kes rasuah dan pecah amanah jenayah (CBT).

Semalam dilaporkan Mahkamah Rayuan membenarkan pelepasan sementara pasport Najib bagi membolehkan beliau melawat anak perempuannya, Nooryana Najwa, yang akan bersalin di Singapura.

Panel tiga hakim dipengerusikan Kamaludin Md Said sebulat suara membenarkan permohonan Najib selepas mendengar hujah daripada peguamnya, Muhammad Shafee Abdullah.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari, bagaimanapun tidak menyatakan sebarang bantahan.

“Wujud alasan munasabah membabitkan risiko melarikan diri selepas mengambil kira beliau (Najib) dan sabitan ke atasnya, termasuk beliau masih berdepan lebih banyak pertuduhan di mahkamah yang semuannya berkaitan 1MDB dan anak syarikatnya. Beliau juga dalam proses merayu berkenaan denda RM1.7 billion yang perlu dibayar kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Tambahan pula, skandal 1MDB sekali lagi dinamakan dalam pendedahan Kertas Pandora dan kaitannya dengan penipuan membabitkan negara Rusia dan India sekali gus memberi petunjuk bahawa beliau adalah sosok utama terbabit dalam penjarahan terbesar kewangan negara,” katanya.

C4 berkata, pihak pendakwaan perlu menjelaskan mengapa ia tidak membantah permohonan Najib itu.

“Perlu ditekankan bahawa Jho Low dan Nik Faisal menjadi sekutu utama Najib dan kedua-duanya masih bebas dan Malaysia tidak boleh memberi ruang kepada Najib untuk terlepas selepas didakwa dengan puluhan tuduhan merangkumi pengubahan wang haram dan rasuah terbesar.

“Kami sekali lagi ingin bertanya apakah pendekatan yang dilaksanakan demi menjamin beliau tidak melepaskan diri,” katanya.

Share:

Related Post

Proposed amendments to separate the Attorney General and…

25 JUNE 2026PRESS STATEMENT On 22 June 2026, a parliamentary special select committee (PSSC) report was released…

JOINT STATEMENT: Civil society demands that the government commit to an effective, progressive, and rights-focused FOI framework

JOINT STATEMENT: Civil society demands that the government…

23 JUNE 2026 Civil society demands that the government commit to an effective, progressive, and rights-focused FOI…

C4 Center Announces Planned Leadership Transition  

C4 Center Announces Planned Leadership Transition  

19 MAY 2026  PRESS STATEMENT   The Center to Combat Corruption and Cronyism (C4 Center) announces that Pushpan  Murugiah…