Kejatuhan indeks persepsi rasuah satu amaran, kata badan pemerhati antirasuah

Topik: Kebebasan MACCRasuah Politik & Kepentingan BerkonflikUrus Tadbir Baik & Anti-Rasuah
Sumber: https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/363681
Liputan oleh: The Malaysian Insight

PUTRAJAYA perlu “bangkit” apabila Malaysia jatuh lima anak tangga dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) 2021 dan berusaha serius untuk mengelak dari terus merosot, kata kumpulan antirasuah dan ahli Parlimen veteran.

Pengarah Eksekutif Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme (C4) Cynthia Gabriel berkata kerajaan sekarang tidak menunjukkan tanda-tanda untuk melaksanakan pembaharuan berkenaan antirasuah dan tadbir urus yang bertanggungjawab.

“Pelan Pencegahan Rasuah Nasional tidak termasuk dalam memorandum persefahaman (MoU) antara Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Pakatan Harapan.

“Pembaharuan yang disebut dalam dokumen komprehensif itu sudah gagal dalam pelaksanaannya. Kami berharap mereka (kerajaan) akan mengambilnya sebagai satu amaran,” katanya.

Gabriel mengulas mengenai kedudukan Malaysia yang jatuh lima anak tangga dalam CPI sekali gus meletakkannya di kedudukan ke-62 daripada 180 negara berada pada kedudukan tahap rasuah sektor awam.

Presiden Transparency International Malaysia Dr Muhammad Mohan berkata Malaysia memperoleh 48 daripada 100 mata dalam indeks itu berbanding skor pada 2020 iaitu 51.

Beliau berkata pada 2020 negara berada pada kedudukan 57 manakala pada 2019 berada pada kedudukan 51. Kedudukan 100 bermakna sangat bersih manakala sifar bermakna sangat rasuah.

Mohan menyalahkan reformasi institusi yang terhenti sebagai salah satu sebab mengapa Malaysia jatuh dalam indeks persepsi rasuah untuk tahun kedua berturut-turut. – 25 Januari, 2022.

Share:

Related Post

Pakatan Harapan’s triple election losses: A cautionary tale…

4 AUGUST 2026 PRESS STATEMENT On 1 August 2026, the Negeri Sembilan state elections signalled an overwhelming…

Tabung Haji RCI: Political appointments must end now

Tabung Haji RCI: Political appointments must end now

31 JULY 2026 PRESS STATEMENT On 29 July 2026, the government declassified the Tabung Haji Royal Commission…

Contract award to Azam Baki’s brother casts doubt upon Malaysia’s procurement regime

Contract award to Azam Baki’s brother casts doubt…

23 JULY PRESS STATEMENT Contract award to Azam Baki’s brother casts doubt upon Malaysia’s procurement regime  On…