Henti raih sokongan Ahli Parlimen dengan pangkat, lantikan, kata C4

Topic: GLC/Political Appointments

Related news: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/17/henti-raih-sokongan-ahli-parlimen-dengan-pangkat-lantikan-kata-c4/

Coverage by: Free Malaysia Today

PETALING JAYA: Sebuah NGO antirasuah menyuarakan kebimbangan ahli politik akan sekali lagi dijanjikan pangkat menteri, pelantikan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan wang untuk menyatakan sokongan dalam pembentukan kerajaan baharu, susulan peletakan jawatan Muhyiddin Yassin, semalam.

Dalam kenyataan, Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) berkata, jika itu cara kerajaan seterusnya dibentuk, ia bererti sejarah akan berulang lagi.

“Jika ini berlaku dan kerajaan seterusnya dibentuk atas dasar ini, kita berisiko menjadi negara yang gagal dalam beberapa tahun akan datang akibat pemimpin yang tidak cekap sekali lagi menerajui negara ini.

“Apa yang lebih membimbangkan adalah kemungkinan besar golongan kleptokrat kembali berkuasa dan mencampuri kes mahkamah. Ini pasti memusnahkan negara kita,” katanya.

Semalam beberapa Ahli Parlimen berkata, telah menerima panggilan telefon daripada pelbagai parti bagi mendapatkan sokongan untuk calon perdana menteri seterusnya, selepas Muhyiddin meletak jawatan.

Seorang daripadanya, Ahli Parlimen Julau Larry Sng berkata, bilangan panggilan telefon diterimanya, termasuk daripada nombor tidak dikenali, meningkat sejak 24 jam lalu.

C4 ketika menggesa pemimpin parti politik belajar daripada kesilapan lalu berkata: “inilah peluang untuk mereka memperoleh semula kepercayaan dan membentuk kembali masa depan negara ini bersama.”

NGO itu menggesa kerajaan seterusnya mengambil langkah segera untuk melaksanakan 11 pembaharuan.

Antara paling utama disebut adalah untuk membawa semula Akta Perkhidmatan Parlimen serta Rang Undang-undang Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis (IPCMC) 2019.

C4 turut menggesa kerajaan meluluskan antara lain undang-undang pendanaan politik, undang-undang pengisytiharan aset dan undang-undang berkaitan pemerolehan awam.

Katanya, pelantikan politik sebagai kaedah membeli kesetiaan serta pemberian ganjaran juga mesti dihentikan.

“Hentikan pelantikan politik dalam GLC dan badan berkanun, serta pastikan orang yang benar-benar berkelayakan menerajui badan berkenaan.

“Penggunaan yayasan berkaitan politik bagi melaksanakan projek awam menggunakan dana awam mesti dihentikan.

“Sebaliknya dana ini patut disalurkan kepada agensi kerajaan untuk memenuhi keperluan golongan yang memerlukan.

Share:

Related Post

JOINT STATEMENT: Ranked 6th from the bottom, Malaysia’s…

17 AUGUST 2026 The Center to Combat Corruption and Cronyism (C4 Center), the Centre for Independent Journalism…

Pakatan Harapan’s triple election losses: A cautionary tale…

4 AUGUST 2026 PRESS STATEMENT On 1 August 2026, the Negeri Sembilan state elections signalled an overwhelming…

Tabung Haji RCI: Political appointments must end now

Tabung Haji RCI: Political appointments must end now

31 JULY 2026 PRESS STATEMENT On 29 July 2026, the government declassified the Tabung Haji Royal Commission…