‘Harap PM respon segera’

Topik: Kebebasan MACCRasuah Politik & Kepentingan BerkonflikUrus Tadbir Baik & Anti-Rasuah, Akta Pemberi Maklumat
Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/182885/KHAS/Sinar-Rasuah-Buster/Harap-PM-respons-segera
Liputan oleh: Sinar Harian

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diharap dapat memberi respons segera tentang cadangan reformasi struktur Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pengasas dan Pengarah Eksekutif Pusat Memerangi Kronisme dan Korupsi (C4), Cynthia Gabriel menegaskan, ia kerana keyakinan rakyat terhadap kerajaan ketika ini rendah ekoran kes membabitkan SPRM.

“Dari dahulu lagi kami mengkaji untuk pastikan SPRM betul-betul bebas. Sekarang SPRM di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

“Jadi dari dulu, ini yang menjadi masalah iaitu pengaruh eksekutif dan politik itu memang kuat dalam pelaksanaan, pemilihan kes, siasatan dan sebagainya,” katanya pada Sidang Media Rasuah Busters: ‘Solusi Transformasi SPRM’ di Studio F, Kumpulan Karangkraf, di sini pada Khamis.

C4 bersama lima lagi rakan gabungan berganding bersama gerakan Rasuah Busters mencadangkan reformasi struktur SPRM dibuat termasuk mewujudkan Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah (SBPR) yang diberi mandat oleh perlembagaan untuk mengawasi SPRM yang turut disyorkan ditukar nama kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Cynthia berkata, perubahan struktur itu akan turut memberi tumpuan terhadap punca kewangan SPRM agar ia benar-benar bebas.

“SPRM sekarang dapat bajet mereka daripada bajet nasional dan kesemua ini membawa kepada kebebasan institusi yang sangat penting,” ujarnya.

Share:

Related Post

Pakatan Harapan’s triple election losses: A cautionary tale…

4 AUGUST 2026 PRESS STATEMENT On 1 August 2026, the Negeri Sembilan state elections signalled an overwhelming…

Tabung Haji RCI: Political appointments must end now

Tabung Haji RCI: Political appointments must end now

31 JULY 2026 PRESS STATEMENT On 29 July 2026, the government declassified the Tabung Haji Royal Commission…

Contract award to Azam Baki’s brother casts doubt upon Malaysia’s procurement regime

Contract award to Azam Baki’s brother casts doubt…

23 JULY PRESS STATEMENT Contract award to Azam Baki’s brother casts doubt upon Malaysia’s procurement regime  On…