Cara kerajaan tangani pemulangan aset 1MDB tidak ikut standard (piawaian) antarabangsa

Topic: Political corruption

Related news: https://sumberkini.my/cara-kerajaan-tangani-pemulangan-aset-1mdb-tidak-ikut-standard-antarabangsa/

Coverage by: Sumberkini

PETALING JAYA : Pengasas dan Pengarah Eksekutif Pusat Memerangi Kronisme dan Korupsi(C4), Cynthia Gabriel berpandangan bahawa kerajaan perlu meningkatkan tahap ketelusan dalam menangani isu skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Katanya, perkara itu penting bagi mendapatkan semula kepercayaan rakyat terhadap institusi negara dan kedaulatan undang-undang.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa firma audit KPMG bersetuju membayar RM333 juta kepada kerajaan untuk menyelesaikan saman terhadap dakwaan kecuaian dan pelanggaran kontrak dalam pengauditan penyata kewangan 1MDB.

Menurutnya, langkah yang diambil bagi mencapai solusi dalam menyelesaikan semua tuntutan berkaitan tugas fidusiari KPMG itu ternyata merekodkan butiran yang kurang jelas.

Sehubungan itu, Cynthia turut memaklumkan bahawa pihaknya tidak mempunyai sebarang maklumat berkenaan pulangan aset yang diambil melalui skandal 1MDB tersebut.

Malahan, beliau berasa kecewa dengan tindakan kerajaan kerana dilihat tidak mengikut obligasi yang termaktub dalam United Nations Convention Against Corruption (UNCAC).

“Memang kecewa kami, isu kepulangan aset adalah termaktub dalam United Nations Convention Against Corruption yang Malaysia telah tandatangani tapi tak ikut langsung dari segi obligasi,” katanya ketika dihubungi Sumberkini. 

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa kesemua wang yang tersimpan dalam skandal 1MDB itu sewajarnya dipulangkan semula kepada rakyat.

“Ini sebenarnya wang rakyat, wang yang perlu dipulangkan untuk kegunaan rakyat,” ujarnya.

Share:

Related Post

Proposed amendments to separate the Attorney General and…

25 JUNE 2026PRESS STATEMENT On 22 June 2026, a parliamentary special select committee (PSSC) report was released…

JOINT STATEMENT: Civil society demands that the government commit to an effective, progressive, and rights-focused FOI framework

JOINT STATEMENT: Civil society demands that the government…

23 JUNE 2026 Civil society demands that the government commit to an effective, progressive, and rights-focused FOI…

C4 Center Announces Planned Leadership Transition  

C4 Center Announces Planned Leadership Transition  

19 MAY 2026  PRESS STATEMENT   The Center to Combat Corruption and Cronyism (C4 Center) announces that Pushpan  Murugiah…