C4 gesa Azalina bincangkan pemisahan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya dengan PM

Topik: Pengasingan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya
Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/10/12/bincang-isu-pisah-kuasa-peguam-negara-dengan-pm-azalina-diberitahu/
Liputan oleh: Free Malaysia Today

Kumpulan pemantau antirasuah menggesa bekas Timbalan Speaker Azalina Othman Said supaya membincangkan isu pemisahan kuasa Peguam Negara sebagai penasihat kerajaan dan Pendakwa Raya, kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) berkata, memandangkan pelantikan Azalina sebagai Penasihat Khas (Undang-undang dan Hak Asasi Manusia) kepada Ismail, beliau sewajarnya membangkitkan isu penting itu ke peringkat tertinggi.

Pengarah Eksekutif C4 Cynthia Gabriel dalam webinar mengenai pembaharuan pilihan raya anjuran Bersih 2.0 berkata, tindakan menasihatkan Perdana Menteri mengenai pentingnya mengasingkan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya akan membolehkan isu itu dibangkitkan di Parlimen untuk dibahaskan.

Cynthia berkata, Peguam Negara sebelum ini telah gagal bertindak dalam beberapa kes melibatkan ahli politik.

“Kita tahu ada Ahli Parlimen Umno meninggalkan parti itu memasuki Bersatu. Walaupun ada yang berdepan kes rasuah, Peguam Negara tidak meneruskan kes terhadap mereka dan ini mungkin berkait dengan kepentingan politik,” katanya.

Beliau menggesa umum meletakkan desakan terhadap isu itu supaya semua parti menjadikannya sebahagian manifesto pada pilihan raya umum akan datang.

Sementara itu, Azalina yang turut menyertai forum itu menegaskan kuasa Peguam Negara mesti diasingkan bagi mengelak penyalahgunaan kuasa lanjut di negara ini.

Katanya, ini wajar dilakukan supaya Peguam Negara tidak mempunyai motif politik atau dimanipulasi (oleh) golongan berkuasa.

SHARE THIS:

Share on facebook
FACEBOOK
Share on twitter
TWITTER

THANK YOU!

All publications by C4 Center are downloadable for free. Much resources and funds have been put into ensuring that we conduct cutting edge research work for these issues to be brought to the attention of the general public, authorities, as well as public policymakers and lawmakers. If you like our work, please do consider supporting us by donating to us. Your financial support will go a long way in ensuring that we can continue fighting for a clean, and better, Malaysia.