Beri cuti pemimpin ‘didedahkan’ dalam Edisi Siasat, kata C4

Topik: Tadbir Urus yang Baik dan Anti-Rasuah, Deklarasi Aset, Perlindungan Pemberi Maklumat
Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/11/08/beri-cuti-pemimpin-didedahkan-dalam-edisi-siasat-kata-c4/
Liputan oleh: Free Malaysia Today

Kerajaan perlu mengarahkan pemimpin yang “didedahkan” dalam Edisi Siasat untuk bercuti, sementara menunggu siasatan menyeluruh terhadap butiran yang didakwa.

Pusat Membanteras Rasuah & Kronisme (C4) juga menggesa kerajaan menyegerakan penubuhan jawatankuasa siasatan bebas.

Dalam satu kenyataan hari ini, C4 berkata jawatankuasa itu perlu terdiri daripada pakar bebas dan ahli masyarakat sivil, berasingan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis.

Katanya, Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional patut mengetuai siasatan bebas terhadap dakwaan salah laku dalam dua agensi penguat kuasa undang-undang itu.

Dilaporkan bahawa polis sedang mengesan individu di sebalik akaun Twitter @edisi_siasatmy maklumat, dan berkata bahawa kebanyakan dakwaan skandal dalam kalangan pihak berkuasa itu telah disensasikan.

Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani berkata polis telah membuka 13 kertas siasatan mengenai akaun itu, yang menyiarkan maklumat mengenai dakwaan rasuah dan salah guna kuasa membabitkan agensi kerajaan.

“Setiap hari, semakin jelas bahawa dakwaan Edisi Siasat mesti ditangani melalui penyiasatan penuh dan bebas, diketuai oleh profesional bebas dan berkebolehan di luar kedua-dua agensi ini,” kata C4.

Menurutnya, dapatan siasatan juga mesti didedahkan secara telus.

C4 juga sekali lagi menggesa perlunya mewujudkan Suruhanjaya Aduan dan Salah Laku Polis yang benar-benar bebas.

“Kerajaan Ismail Sabri mesti menjadikan perkata ini sebagai keutamaan segera,” katanya.

Share:

Related Post

Pakatan Harapan’s triple election losses: A cautionary tale…

4 AUGUST 2026 PRESS STATEMENT On 1 August 2026, the Negeri Sembilan state elections signalled an overwhelming…

Tabung Haji RCI: Political appointments must end now

Tabung Haji RCI: Political appointments must end now

31 JULY 2026 PRESS STATEMENT On 29 July 2026, the government declassified the Tabung Haji Royal Commission…

Contract award to Azam Baki’s brother casts doubt upon Malaysia’s procurement regime

Contract award to Azam Baki’s brother casts doubt…

23 JULY PRESS STATEMENT Contract award to Azam Baki’s brother casts doubt upon Malaysia’s procurement regime  On…