Anwar buat pusingan-U terhadap projek LCS membimbangkan, kata C4

Related News: https://www.sinardaily.my/article/197568/malaysia/jho-low-must-stand-trial-serve-out-full-sentence-if-and-when-found-guilty—c4

Coverage by: Sinar Daily

PENDIRIAN Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkait projek kontroversi kapal tempur pesisir (LCS) bercanggah dengan sentimen yang dipegangnya ketika beliau menjadi ketua pembangkang, kata Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4).

Badan pemantau antirasuah itu berkata kenyataan Anwar yang menyatakan kerajaan ‘tiada pilihan’ selain meneruskan projek itu membingungkan memandangkan mereka tidak bertindak untuk menangkap pelaku skandal ini.

“Jika projek mega yang menelan berbilion ringgit duit cukai dibenarkan untuk diteruskan walaupun terdapat salah urus yang jelas dan kemungkinan besar berlakunya rasuah berdasarkan logik ‘sunk cost’, ini merupakan satu duluan yang berbahaya di mana salah urus projek diabaikan.

“Kesahihan projek menjadi kedua berbanding keperluan untuk siapkan, sambil menggunakan lebih banyak dana awam. Kos projek LCS meningkat kepada RM11 bilion melalui kontrak tambahan – dengan RM6 bilion sudah dibelanjakan untuk ini tetapi tiada kapal siap sepenuhnya, logik ‘sunk cost’ memaksa kerajaan membelanjakan RM 5 bilion lagi.

“Ini tidak bermakna projek itu membazir wang sepenuhnya – perbelanjaan pertahanan tidak dinafikan penting untuk negara. Bagaimanapun, analisis kos-faedah dan pulangan pelaburan untuk perolehan awam mesti diutamakan,” kata Pusat C4 dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada 4 Ogos 2022, ketika Anwar ketua pembangkang, beliau menggesa Putrajaya menghentikan baki projek perolehan LCS tentera laut itu yang disifatkannya sebagai ‘skandal terbesar’ sepanjang tempoh beliau berkhidmat.

Selepas mengambil alih tampuk kepimpinan negara dengan pembentukan kerajaan perpaduan, Anwar pada Mac tahun ini mahu siasatan ke atas LCS diteruskan kerana pendakwaan sebelum ini tidak mencukupi memandangkan ia melibatkan skandal berskala besar dan ketirisan.

Beliau berkata pendakwaan sebelum ini juga tidak bertindak kepada orang-orang yang lebih utama yang dikatakan terlibat dalam isu perolehan LCS tersebut.

Satu himpunan ‘Mana Kapal LCS’ diadakan pada Ogos 2022. Beberapa ahli politik yang kini berada dalam kerajaan perpaduan turut terlibat dalam bantahan tersebut termasuk Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim yang juga naib presiden PKR Nik Nazmi Nik Ahmad. – 1 Jun, 2023.

Share:

Related Post

JOINT STATEMENT: Ranked 6th from the bottom, Malaysia’s…

17 AUGUST 2026 The Center to Combat Corruption and Cronyism (C4 Center), the Centre for Independent Journalism…

Pakatan Harapan’s triple election losses: A cautionary tale…

4 AUGUST 2026 PRESS STATEMENT On 1 August 2026, the Negeri Sembilan state elections signalled an overwhelming…

Tabung Haji RCI: Political appointments must end now

Tabung Haji RCI: Political appointments must end now

31 JULY 2026 PRESS STATEMENT On 29 July 2026, the government declassified the Tabung Haji Royal Commission…