9 SEPTEMBER 2025
We, the undersigned civil society organisations (CSOs), are alarmed by the recent passing of the Government Procurement Bill by the Dewan Rakyat and Dewan Negara. The rushed passing of the Bill, the lack of consultations held on the draft bill, coupled with questionable provisions granting the Minister of Finance a disproportionate degree of power over public expenditure greatly alarms civil society organisations.
Key issues regarding the Government Procurement Bill and the process by which it was enacted and passed include:
- The law grants huge discretionary powers to the Minister of Finance: The Minister of Finance is empowered to approve procurement contracts, set the procedures by which they are approved, and even to appoint members of the Appeal Tribunal. The Minister of Finance also has wide powers of exemption which makes applicability of the law subject to their discretion.
- The check and balance mechanisms are weak and inadequate: The Appeal Tribunal is non-independent from the influence of Ministers, adding to the fact that the mechanism itself is inadequate. Furthermore, there is no provision that ensures transparency and public scrutiny. Instead, the duty to publish information is completely discretionary and decided by the Registrar who is also answerable to the Executive.
- The hasty process by which the Bill was passed: The duration between the submission of the Bill by the Attorney-General’s Chambers and the Bill being voted on by the Dewan Rakyat took place within a span of only 16 days. This raises serious questions as to why such a monumental Bill, consisting of 91 pages and 93 clauses, was not given the due time that was needed for all Members of Parliament (MPs) to adequately assess and respond to it.
- The Parliamentary Special Select Committee (PSSC) was completely sidestepped by the government: The PSSC on Finance and Economy was not consulted at all during the drafting process of the Bill. Further, despite Standing Order 80B(3) stating that the relevant PSSC shall “scrutinize Bills” that have been read the first time, the Government refused to allow time for the PSSC to consider the Bill and proceeded with debate anyway.
- Key consultations and feedback from relevant stakeholders were either not held or completely ignored: The Ministry of Finance’s engagements and updates on the status of the Bill were limited. It is clear that many of the recommendations provided by CSOs were roundly ignored. These include the reduction of the role of the Minister of Finance in the procurement process, and prescribing a minimum standard for the mandatory publishing of procurement-related information.
- Government MPs misrepresented legitimate criticism of the Bill: Many MPs who expressed support for the Bill in the Dewan Rakyat countered criticism by referring to policy positions not even found in the Bill, such as “Parliamentary controls” or “checks-and-balances” of government procurement.
The undersigned CSOs are united in the stance that this legislation will bring major harm to Malaysia’s long term future if the identified flaws are not addressed. If and when a major scandal emerges as a result of the Bill’s provisions, every MP who voted in favour of it will be responsible for the harm caused from their refusal to acknowledge CSOs’ repeated warnings.
The undersigned organisations and concerned individuals strongly urge that, moving forward:
- The Madani Government must expressly state their commitment that the gaps and inadequacies in the Government Procurement Act, once passed, will be addressed promptly by drafting amendments, subsidiary legislation and guidelines in an open, transparent manner and in consultation with all relevant stakeholders;
- The Madani Government must ensure that transparency and meaningful public participation forms a key part of the procurement process, which is almost entirely absent in the Government Procurement Bill;
- The Madani Government must conduct comprehensive periodic impact assessments on the implementation of this new procurement framework, and review and amend the Act, once passed, and/or any subsidiary legislation accordingly; and
- The Madani Government must commit to facilitating open and constructive dialogue on all Bills of public importance even if it is not legally mandated. Furthermore, the requirement under Standing Order 80B(3) must be upheld – future bills must go through the relevant Parliamentary Select Committees first.
END OF STATEMENT
KENYATAAN MEDIA BERSAMA oleh Pertubuhan-pertubuhan Masyarakat Sivil
09 SEPTEMBER 2025
Rang Undang-Undang Perolehan Kerajaan: Undang-undang yang amat diperlukan tetapi mempunyai kelemahan yang berbahaya
Kami, pertubuhan-pertubuhan masyarakat sivil yang menyokong kenyataan ini, amat bimbang terhadap kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Perolehan Kerajaan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara baru-baru ini. Proses tergesa-gesa dalam meluluskan RUU ini, kekurangan rundingan holistik berkenaan dengan draf RUU, serta peruntukan dalam RUU yang memberikan kuasa yang keterlaluan kepada menteri-menteri berhubung dengan perbelanjaan awam amat membimbangkan pertubuhan-pertubuhan masyarakat sivil.
Isu-isu utama berkenaan RUU Perolehan Kerajaan serta proses penggubalan and kelulusannya termasuk:
- RUU ini memberikan kuasa-kuasa budi bicara yang keterlaluan kepada Menteri Kewangan: Menteri Kewangan diberi kuasa meluluskan kontrak-kontrak perolehan, menetapkan tatacara kelulusan, melantik ahli-ahli lembaga perolehan, dan juga melantik ahli-ahli Tribunal Rayuan. Menteri Kewangan juga mempunyai kuasa luas dalam pengecualian yang bermaksud bahawa pemakaian RUU ini akan tertakluk kepada budi bicaranya.
- Mekanisme semak dan imbang terlalu lemah dan tidak mencukupi: Seperti yang dinyatakan, Tribunal Rayuan tidak bebas daripada pengaruh Menteri, yang menjadikannya tidak mencukupi sebagai mekanisme semak dan imbang. Selain itu, tiada sebarang peruntukan yang melindungi ketelusan dan penelitian awam. Malah kewajipan untuk mendedahkan maklumat terletak di bawah budi bicara Pendaftar yang turut tidak berkecuali daripada Eksekutif.
- Proses kelulusan RUU tergesa-gesa: Tempoh antara penyerahan RUU oleh Jabatan Peguam Negara dan pengundian RUU di Dewan Rakyat hanya selama 16 hari sahaja. Ini menimbulkan persoalan serius mengapa suatu RUU sebegitu penting, yang terdiri daripada 91 muka surat dan 93 fasal, tidak diberikan masa yang sewajarnya agar membolehkan setiap Ahli Parlimen dapat menilai dan memberi maklum balas dengan secukupnya.
- Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JKPK) diketepikan sepenuhnya oleh kerajaan: JKPK Kewangan dan Ekonomi tidak dirujuk sama sekali semasa proses penggubalan RUU ini. Lebih-lebih lagi, walaupun Peraturan Mesyuarat 80B(3) menyatakan bahawa JPKP yang berkaitan mesti “meneliti Rang Undang-Undang” yang telah dibaca buat kali pertama, kerajaan masih enggan memberikan masa untuk JKPK meneliti RUU ini dan terus menjalankan perbahasan.
- Libat urus dan maklum balas penting daripada pihak berkepentingan tidak diadakan atau diabaikan sepenuhnya: Penglibatan dan perkongsian kemas kini daripada Kementerian Kewangan mengenai status RUU ini adalah terhad. Ini adalah jelas bahawa banyak cadangan daripada pertubuhan-pertubuhan masyarakat sivil tidak dipedulikan, termasuk pengurangan fungsi Menteri Kewangan dalam proses perolehan, dan penetapan tahap minima bagi pendedahan wajib maklumat berkenaan dengan perolehan.
- Ahli-ahli Parlimen Kerajaan memberikan gambaran salah tentang kritikan sah terhadap RUU: Semasa perbahasan di Dewan Rakyat, ramai Ahli Parlimen yang menyokong RUU ini menangkis kritikan dengan merujuk kepada dasar yang tidak termaktub dalam RUU ini, seperti “kawalan Parlimen” atau “semak dan imbang” terhadap perolehan kerajaan.
Kami sebulat suara dalam pendirian bahawa RUU ini akan membawa kemudaratan besar kepada masa depan Malaysia dalam jangka panjang jika kelemahan-kelemahan yang dinyatakan tidak ditangani. Sekiranya suatu skandal besar berbangkit akibat peruntukan RUU ini, setiap Ahli Parlimen yang menyokongnya akan dipertanggungjawabkan atas kemudaratan yang berlaku akibat keengganan mereka untuk mendengar amaran berulang daripada masyarakat sivil.
Perubuhan-pertubuhan dan individu yang menyokong dengan tegas menyeru agar:
- Kerajaan Madani mesti menyatakan komitmen mereka dengan jelas bahawa jurang dan kelemahan dalam Akta Perolehan Kerajaan, setelah diluluskan, akan ditangani dengan segera melalui penggubalan pindaan, perundangan subsidiari serta garis panduan secara terbuka, telus dan dengan rundingan bersama semua pihak berkepentingan yang relevan;
- Kerajaan Madani mesti memastikan bahawa ketelusan dan penyertaan awam yang bermakna menjadi elemen utama dalam proses perolehan, yang hampir tidak wujud dalam RUU Perolehan Kerajaan;
- Kerajaan Madani mesti menjalankan penilaian impak secara menyeluruh dan berkala terhadap pelaksanaan kerangka perolehan baharu ini, serta menyemak dan meminda Akta, setelah diluluskan, dan/atau mana-mana perundangan subsidiari yang berkaitan; dan;
- Kerajaan Madani mesti komited untuk mewajibkan dialog yang terbuka dan membina terhadap semua RUU yang berkepentingan awam, walaupun ia tidak diwajibkan oleh undang-undang. Selain itu, keperluan di bawah Peraturan Mesyuarat 80B(3) mesti dipatuhi – setiap RUU pada masa hadapan mestilah dirujuk terlebih dahulu melalui Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang berkaitan.
AKHIR KENYATAAN
For further enquiries, please contact:
019-216 6218
Endorsed by | Disokong oleh (Organisations | Organisasi):
- The Center to Combat Corruption and Cronyism (C4 Center)
- Rasuah Busters
- Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
- Society for Equality, Respect and Trust for All Sabah (SERATA)
- BERSIH
- Pusat KOMAS
- North South Initiative
- Islamic Renaissance Front
- Lawyer Kamek, Sarawak
- Persatuan Pemangkin Daya Masyarakat (ROSE)
- Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK)
- Zero Waste Sabah
- Gindol Initiative for Civil Society Borneo
- Centre for Independent Journalism (CIJ)
- SaveKL Coalition
- Agora Society Malaysia
- Reproductive Rights Advocacy Alliance Malaysia (RRAAM)
- CSO Platform for Reform
- Greenpeace Malaysia
- SIUMAN Collective
- Project Stability and Accountability for Malaysia (Projek SAMA)
- Persatuan Kebajikan Sokongan Keluarga Selangor & Kuala Lumpur (Association of Family Support & Welfare Selangor & Kuala Lumpur) (Family Frontiers)
- Klima Action Malaysia (KAMY)
Endorsed by | Disokong oleh (Individuals | Individu):
- Adrian Anthony Pereira
- Prof Edmund Terence Gomez
- Cynthia Gabriel
- Datuk Hussamuddin Yaacub
- Tan Sri Syed Hamid Albar
- Shah Hakim Zain
- Dato’ Hjh Sutinah Sutan