Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4

Related News: https://www.agendadaily.com/isu-semasa/kerajaan-perlu-dedah-semua-laporan-dalam-skandal-projek-lcs-gesa-c4/

Coverage by: Agenda Daily

Laporan berhubung pelaksanaan projek kapal tempur pesisir (LCS) perlu didedahkan kerajaan kepada umum, gesa badan pemantau rasuah.

Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4 Center) berkata laporan itu perlu didedah memandangkan projek kontroversi itu terpalit dengan pelbagai masalah, malah sudah membelanjakan lebih RM6 bilion wang rakyat tetapi tiada kapal yang siap.

“Pada 26 Mei lalu, Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) anak syarikat Boustead Holding Berhad (BHB), menandatangani kontrak tambahan keenam untuk pemerolehan LCS iaitu mengurangkan penghantaran daripada enam kapal LCS kepada lima unit kapal namun kos keseluruhan projek berkenaan meningkat daripada RM9.13 bilion kepada RM11.2 bilion.

“Sehingga kini banyak persoalan berkaitan isu LCS ini masih belum terjawab termasuk pendedahan daripada kerajaan terhadap pihak yang bertanggungjawab membuat keputusan berlaku ketirisan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, C4 Center menyokong langkah Kementerian Kewangan yang mengumumkan penubuhan syarikat bertujuan khas (SPV) bagi mengambil alih syarikat bertanggungjawab terhadap projek pembinaan LCS bertujuan menjamin prrojek yang tergendala itu disiapkan.

“Langkah berkenaan adalah satu tindakan yang wajar bagi memastikan projek LCS tidak menghadapi sebarang halangan dan kelewatan seperti yang dihadapi sebelum ini.

“Bagaimanapun, C4 Center mempersoalkan mengapakah pihak yang bertanggungjawab dalam kegagalan dan kelewatan penghantaran LCS masih belum dihadapkan ke muka pengadilan dan adakah kerajaan dapat menjamin sebarang salah laku rasuah tidak akan berulang lagi pada masa akan datang,” katanya.

Sebelum ini Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan, memaklumkan Jawatankuasa Pemantauan Projek (PMC) dipengerusikan bersama Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan (MINDEF) akan memantau pelaksanaan projek LCS.

Mohamad dilaporkan berkata laporan berkala kepada Jemaah Menteri akan disediakan seperti syarat disediakan Ketua Audit Negara dan pelaporan berkala kepada Parlimen melalui Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sekurang-kurangnya tiga bulan sekali supaya kemajuan projek dapat dipantau bersama semua pihak.

C4 Center turut mencadangkan supaya laporan pemantauan oleh PMC dan PAC didedahkan secara terbuka mengikut jangkamasa seperti ditetapkan, selain siasatan yang dijalankan oleh SPRM boleh diakses orang ramai serta setiap perkembangan semasa siasatan berhubung LCS sentiasa dikemaskini.

Pembinaan kapal LCS terpalit kontroversi apabila PAC mendedahkan tiada seunit pun sudah disiapkan walaupun kerajaan sudah membelanjakan RM6.083 bilion kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS).

Share:

Related Post

JOINT STATEMENT: Ranked 6th from the bottom, Malaysia’s…

17 AUGUST 2026 The Center to Combat Corruption and Cronyism (C4 Center), the Centre for Independent Journalism…

Pakatan Harapan’s triple election losses: A cautionary tale…

4 AUGUST 2026 PRESS STATEMENT On 1 August 2026, the Negeri Sembilan state elections signalled an overwhelming…

Tabung Haji RCI: Political appointments must end now

Tabung Haji RCI: Political appointments must end now

31 JULY 2026 PRESS STATEMENT On 29 July 2026, the government declassified the Tabung Haji Royal Commission…