Bersama Memerangi Rasuah (Sesi 2): Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 – Adakah anda dilindungi?


Acara: Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 – Adakah anda dilindungi?

Tarikh: 29 Okt 2021, Jumaat

Masa: 10.00am – 11.30am

Daftar sekarang di:  (Telah ditutup)

Adakah anda akan dilindungi sekiranya membuat laporan rasuah kepada pihak berkuasa?

Bolehkah anda dibuang kerja oleh pihak majikan sekiranya anda melaporkan salah guna kuasa melibatkan pihak pengurusan kepada pihak berkuasa?

Apakah perlindungan yang diberikan kepada anda?

Sesi kedua seminar “Bersama Memerangi Rasuah” ini dianjurkan oleh Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme (C4 Center), RasuahBusters, dan Union Network International-Malaysia Labour Centre (UNI-MLC), dengan kerjasama Pusat Governans, Integriti & Anti-Rasuah Nasional (GIACC). Ia memberi fokus kepada topik Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

Peserta boleh menambah pengetahuan berkenaan dengan cara-cara membuat laporan kepada pihak berkuasa, jenis maklumat yang diperlukan dan SOP penting untuk memastikan pemberi maklumat dilindungi.

Masa juga diperuntukkan untuk peserta berkongsi cabaran dan pengalaman dalam menegakkan nilai-nilai yang baik dalam pekerjaan dan persekitaran harian mereka melalui sesi soal jawab dengan penceramah pakar dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Penjawat awam, pekerja GLC dan badan berkanun diseru menyertai seminar ini demi membentuk barisan hadapan dalam usaha memerangi rasuah di negara kita. 

MasaAgenda
10.00amUCAPAN PEMBUKAAN OLEH C4 CENTER
10.10am
AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010 DAN KAJIAN KES. ADAKAH SAYA DILINDUNGI
Farizal Muzaffar Hafiz Abdul Wahab, Pengurus Kanan, Bahagian Integriti & Disiplin (MRCB) Pegawai Penempatan Agensi Luar, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
10.50amSESI SOAL JAWAB BERSAMA PESERTA
Moderator: Dr G Manimaran (RasuahBusters)
11.30amUCAPAN PENUTUP OLEH RASUAH BUSTERS

Sesi 2 ini diaturkan berikutan Sesi 1 yang telah diadakan pada 30 September 2021 dan boleh ditonton di: https://www.facebook.com/c4center/videos/744257086972733

Tonton sorotan sesi pertama Bersama Membanteras Rasuah di sini.



SHARE THIS:

FACEBOOK
TWITTER

THANK YOU!

All publications by C4 Center are downloadable for free. Much resources and funds have been put into ensuring that we conduct cutting edge research work for these issues to be brought to the attention of the general public, authorities, as well as public policymakers and lawmakers. If you like our work, please do consider supporting us by donating to us. Your financial support will go a long way in ensuring that we can continue fighting for a clean, and better, Malaysia.