(BM) Pendedahan Kertas Pandora ketengahkan perlunya ketelusan dalam pemilikan sebenar dan kewajipan Pengisytiharan Harta

KENYATAAN MEDIA

Oktober 6, 2021

Material assets. Image source: MACC

Pendedahan ‘Pandora Papers’ atau Kertas Pandora menunjukkan sekali lagi bagaimana golongan kaya menggunakan kelemahan dalam sistem kewangan global untuk memindahkan wang ke luar negara dan mengelak daripada pembayaran cukai, dan ini termasuklah Malaysia juga.

Ahli perniagaan dan politik kaya-raya Malaysia, bersama pemimpin dunia yang lain, sekali lagi terlibat dengan aktiviti-aktiviti rahsia di luar negara. Mereka menubuhkan firma atau memegang jawatan pengarah syarikat di negara-negara yang terkenal sebagai ruang bebas cukai.

Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisma (Pusat C4) menolak sekeras-kerasnya aktiviti gelap ini, dan segera menuntut agar komitmen terhadap ketelusan dalam pemilikan sebenar dilaksanakan tanpa penangguhan.

Berita tentang penggunaan duit serta semua urusan yang berkaitan dengannya didedahkan terlalu lewat. Kebenaran mengenai syarikat tersedia yang wujud, serta jutaan wang yang disorok hanya diketahui hasil daripada penyiasatan wartawan cekap yang telah membelek lebih daripada 12 juta dokumen untuk menunjukkan kepada kita kegelapan ekonomi bayangan dan agenda yang dijalankan untuk mengelak pembayaran cukai.

Pemilikan entiti di luar negara bukanlah sesuatu yang melanggar undang-undang, namun kerja seperti ini telah lama dikaitkan dengan usaha mengelak cukai. Kebanyakannya adalah untuk tujuan pelaburan wang haram dan menyembunyikan jejak kewangan. Walaupun terdapat langkah-langkah yang boleh diambil untuk menghalangnya, ketiadaan kemahuan politik untuk menjalankannya amat membimbangkan.

Kami menggesa supaya maklumat syarikat menjadi lebih terbuka supaya struktur syarikat, pergerakan wang, dan pengesanan syarikat tersedia dapat dipantau dengan lebih baik bagi mengelakkan aliran kewangan haram ke luar negara.

Pada masa di mana ketelusan dan kebertanggungjawaban adalah sangat penting, kami juga menggesa agar penggubalan undang-undang pengisytiharan harta diutamakan. Panggilan pengisytiharan aset yang ada sekarang tidak mempunyai kuasa perundangan dan tidak memberikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kuasa untuk mengejar mereka yang (masih) tidak mengisytiharkan harta secara penuh, membuat pengisytiharan secara menipu, atau gagal untuk membuat pengisytiharan.

Menurut Malaysiakini, Kertas Pandora melibatkan beberapa individu termasuklah Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz, Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Menteri Kewangan Yamani Hafez Musa, dan MP Selayang William Leong yang merupakan bekas bendahari PKR.

Setiap satu daripada mereka sedang atau pernah memegang jawatan kerajaan dan merupakan entiti yang boleh digoda korupsi dan penyalahgunaan kuasa.

Dengan ini, timbullah satu persoalan, apakah tujuan aset dan hubungan di luar negara ini jika bukan untuk tujuan yang haram?

Pendedahan Kertas Pandora menyamai pembukaan Kotak Pandora. Daripadanya kita dapat memaparkan penyakit yang membelenggu dunia kewangan. Dunia sudah pun mula bergerak ke arah yang lebih telus dalam pemilikan syarikat. Ini dapat dilihat dalam Deklarasi Politik semasa Sidang Khas Perhimpunan Agung PBB Menentang Rasuah yang baru saja selesai pada Jun 2021. Walaupun semua orang bersetuju bahawa kita perlu memberi penekanan lebih terhadap kebertanggungjawaban, Malaysia perlu menunjukkan usaha lebih untuk melaksanakan komitmen yang penting ini.

Sebuah negara yang telus hanya boleh wujud jika pemimpinnya lebih telus, bertanggungjawab, dan menjadi contoh yang bagus kepada rakyat. Jika tidak, negara itu akan didirikan atas dasar penipuan dan korupsi, yang dari luar menjanjikan pemerintahan yang cekap, tetapi menyembunyikan tangan yang menyuap wang gelap.

TAMAT

Dikeluarkan oleh:

Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisma (Pusat C4)
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi 012-379 2189 / 03-7660 5140

SHARE THIS:

Share on facebook
FACEBOOK
Share on twitter
TWITTER

THANK YOU!

All publications by C4 Center are downloadable for free. Much resources and funds have been put into ensuring that we conduct cutting edge research work for these issues to be brought to the attention of the general public, authorities, as well as public policymakers and lawmakers. If you like our work, please do consider supporting us by donating to us. Your financial support will go a long way in ensuring that we can continue fighting for a clean, and better, Malaysia.