DID YOU KNOW.. as a director or top management of a company you can be fined or jailed if your employee committed an offence of bribery?
Based on the new section 17A of the MACC Act, a commercial organisation is deemed to have committed an offence if a person associated with the organisation commits an act of corruption which would allow the organisation to acquire an advantage in the conduct of business.
C4’s Corporate Liability Provision video will guide you through the basics of the provision. We will be able to help your company navigate through the adequate procedures including developing a Whistleblower Protection Policy. Contact us today.
Peruntukan undang-undang baharu, Seksyen 17A Akta SPRM 2009 (Pindaan 2018) yang memperuntukkan kesalahan rasuah oleh organisasi komersial mula berkuat kuasa 1 Jun 2020.
Peruntukan undang-undang yang juga dikenali sebagai liabiliti korporat ini ialah untuk menggalakkan aktiviti perniagaan dijalankan dengan integriti tanpa rasuah dan mempromosi amalan tadbir urus baik dalam organisasi dan bukan bertujuan untuk menghukum organisasi komersial semata-mata.
Secara asasnya, menerusi Seksyen 17A Akta SPRM 2009 (Pindaan 2018), organisasi komersial juga mempunyai liabiliti dan boleh dihukum sekiranya pekerja atau pihak bersekutunya terlibat dengan jenayah rasuah.
Organisasi komersial tersebut boleh disifatkan bersalah dalam keadaan sama ada pihak pengurusan atasannya atau wakilnya tahu tentang kelakuan rasuah yang dilakukan oleh pekerja atau pihak bersekutunya. Jika sesebuah organisasi komersial disabit kesalahan, hukuman di bawah Seksyen 17A(2) adalah denda tidak kurang 10 kali ganda daripada nilai suapan atau RM1 juta, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, atau dipenjara sehingga 20 tahun, atau kedua-duanya sekali.
Bagaimanapun organisasi komersial boleh membela diri jika dapat menunjukkan bahawa organisasi tersebut mempunyai ‘tatacara mencukupi’ yang telah dilaksanakan bagi mencegah berlakunya rasuah dalam operasi atau akvititi perniagaan mereka.
Hubungi C4 Center untuk mendapatkan khidmat nasihat atau bantuan dalam melakarkan polisi terutamanya Polisi Pemberi Maklumat syarikat anda.