MyGovt Reform Tracker

TLDM sokong siasatan ketirisan projek LCS, pihak terbabit perlu dibawa ke muka pengadilan

Aug 6, 2022

KUALA LUMPUR: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menyokong sebarang siasatan yang dibuat berhubung ketirisan projek kapal tempur pesisir (LCS) seperti dikemukakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada Khamis.

Cawangan Komunikasi Strategik TLDM berkata perolehan LCS merupakan perolehan kritikal bagi memelihara kedaulatan dan keselamatan negara dan TLDM perlu memiliki keupayaan tempur sejajar dengan perkembangan landskap keselamatan geostrategik dan geopolitik serantau.

“Sebagai pengguna akhir, kelewatan projek berkenaan telah memberi kesan negatif bukan sahaja kepada keupayaan tempur TLDM malahan kepada moral warganya yang memerlukan kapal-kapal tersebut untuk menjalankan tanggungjawab dengan berkesan.

“Justeru, TLDM ingin menyatakan sokongan agar sebarang ketirisan dalam projek ini disiasat dan pihak yang terbukti terbabit perlu dibawa ke muka pengadilan seberapa segera,” katanya dalam kenyataan.

Kenyataan itu memaklumkan TLDM menghargai keputusan kerajaan untuk meneruskan projek berkenaan dan berpandangan ia adalah keputusan tepat didorong keprihatinan kerajaan mengutamakan kedaulatan negara.

Pada Khamis PAC mendedahkan selesai mengadakan sembilan prosiding berhubung isu LCS bermula 18 Nov 2020 dan yang terakhir pada 8 Mac lepas dengan memanggil beberapa saksi dan hasil prosiding itu mendapati kontrak projek LCS diberikan kepada syarikat BNS (Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd) secara rundingan terus dengan kerajaan membayar RM6.083 bilion, namun tiada sebuah kapal LCS disiapkan.

Menurut jadual asal, sepatutnya lima kapal harus disiapkan dan diserah setakat Ogos 2022.

Related News:

TLDM sokong siasatan ketirisan projek LCS, pihak terbabit perlu dibawa ke muka pengadilan

SHARE THIS:

FACEBOOK
TWITTER
Whatsapp

THANK YOU!

All publications by C4 Center are downloadable for free. Much resources and funds have been put into ensuring that we conduct cutting edge research work for these issues to be brought to the attention of the general public, authorities, as well as public policymakers and lawmakers.

If you like our work, please do consider supporting us by donating to us. Your financial support will go a long way in ensuring that we can continue fighting for a clean, and better, Malaysia.