MyGovt Reform Tracker

Pas kekal sokong RUU Anti Lompat Parti

Mei 12, 2022

Pas kekal dengan pendirian menyokong Rang Undang-undang (RUU) Anti Lompat Parti, kata Naib Presidennya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Beliau berkata sebelum ini juga, Kelantan di bawah pentadbiran Pas telah meluluskan enakmen anti lompat parti di negeri itu, tetapi dibatalkan oleh Mahkamah Agung.

“Secara dasarnya kita bersetuju dengan RUU ini cuma dari segi teknikal sahaja ia sedang diperhalusi oleh kabinet. Jadi sekarang kita serah kepada kabinet untuk membuat keputusan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pas Kelantan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini hari ini yang turut dihadiri oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar berkata Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pas Kelantan bermula 11 pagi hingga 2 petang itu dihadiri lebih 30,000 pengunjung.

Related news:
Pas kekal sokong RUU Anti Lompat Parti

SHARE THIS:

FACEBOOK
TWITTER
Whatsapp

THANK YOU!

All publications by C4 Center are downloadable for free. Much resources and funds have been put into ensuring that we conduct cutting edge research work for these issues to be brought to the attention of the general public, authorities, as well as public policymakers and lawmakers.

If you like our work, please do consider supporting us by donating to us. Your financial support will go a long way in ensuring that we can continue fighting for a clean, and better, Malaysia.