MyGovt Reform Tracker

Akta alam sekitar ketinggalan zaman, kata Wan Junaidi

Sept 2, 2022

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata akta alam sekitar di negara ini ketinggalan zaman.

Katanya, ia memandangkan penggubalan dibuat selepas pasca kemerdekaan sekaligus menyebabkan isu pencerobohan hutan gagal ditangani dengan sebaiknya.

Beliau berkata ia perlu dipinda bukan saja kerana tidak seiring dengan perkembangan semasa malah hukumannya tidak setimpal dengan perbuatan dilakukan.

Jelasnya, kelompangan itu menyebabkan ada pihak mengambil kesempatan untuk menceroboh hutan sehingga menjejaskan ekosistem alam sekitar seperti mana berlaku sejak kebelakangan ini.

“Misalnya ada syarikat besar terlibat dalam pencerobohan hutan sedangkan hukuman denda di bawah undang-undang masih rendah dan mereka mampu bayar denda ini. Jadi, kadar hukuman ini perlu dipertingkatkan supaya dapat memberi pengajaran kepada seluruh masyarakat.

“Kebanyakkan undang-undang ini digubal pada sekitar era 1960an dan 1970an serta dibuat mengikut situasi tersebut, tidak memperincikan lebih lanjut tafsiran pencerobohan dan pencemaran, namun sebaliknya keadaan kini sudah berubah,” katanya, menurut Utusan Malaysia.

Antara undang-undang tersebut ialah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Akta Perhutanan Negara 1984, Akta Penerbangan Awam 1969 dan Kanun Tanah Negara 1965.

Misalnya kesalahan pencerobohan tanah rizab kerajaan, tindakan penguatkuasaan di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965 hanya memperuntukkan denda sebanyak RM500,000 dan penjara selama lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri untuk mengkaji dan meneliti undang-undang sedia ada termasuk 147 undang-undang yang sudah lapuk, sama ada dipinda atau dimansuhkan.

Ketika ditanya aspek penambahbaikan undang-undang itu, Wan Junaidi menjelaskan, perkara tersebut perlulah membabitkan penguatkuasaan undang-undang dan tafsiran definisi pencemaran serta pencerobohan oleh pelaku terlibat.

Katanya, pelaku terlibat hendaklah membayar ganti rugi terhadap kerosakan berlaku supaya mereka lebih bertanggungjawab dan tidak mengulanginya pada masa depan.

Related news:

Akta alam sekitar ketinggalan zaman, kata Wan Junaidi

SHARE THIS:

FACEBOOK
TWITTER
Whatsapp

THANK YOU!

All publications by C4 Center are downloadable for free. Much resources and funds have been put into ensuring that we conduct cutting edge research work for these issues to be brought to the attention of the general public, authorities, as well as public policymakers and lawmakers.

If you like our work, please do consider supporting us by donating to us. Your financial support will go a long way in ensuring that we can continue fighting for a clean, and better, Malaysia.