Menyertakan Artikel Khusus berkaitan integriti dan antirasuah dalam perjanjian perundingan kolektif merupakan antara lima resolusi Simposium Khas Antirasuah dan Governans

KENYATAAN MEDIA BERSAMA

MAJLIS Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) dan Center to Combat Corruption and Cronyism (C4 Center) dengan sokongan Rasuah Busters telah menganjurkan Simposium Khas Antirasuah dan Governans di Kuala Lumpur pada 16 November 2021 (Selasa), dengan dihadiri oleh lebih 60 pemimpin kesatuan gabungan UNI-MLC bagi mencapai kata sepakat untuk menggembleng sumber dan tenaga di semua peringkat bagi melahirkan sebuah bangsa Malaysia yang bebas rasuah, yang tinggi amalan berintegriti dan mengutamakan tadbir urus yang baik.

UNI-MLC dan C4 Center berpandangan bahawa kaum pekerja perlu memainkan peranan yang sama penting dan berganding untuk mencapai cita-cita, impian dan hasrat bagi melahirkan sebuah negara yang bebas rasuah dan berintegriti tinggi.

Sehubungan dengan itu, Simposium Khas Antirasuah dan Governans merupakan program ketiga di bawah kerjasama UNI-MLC dan C4 Center sejak UNI-MLC dan C4 Center menjadi anggota Coalition of the Willing Rasuah Busters.

          Simposium ini telah menetapkan perkara-perkara berikut:

  1. Mengambil maklum bahawa rasuah, integriti dan tadbir urus baik merupakan isu penting yang harus diperangi dengan segera, menyeluruh dan secara berterusan.
  2. Menegaskan bahawa usaha perlu dipertingkatkan di semua peringkat bagi memerangi rasuah dan memperkasa amalan berintegriti dan tadbir urus baik secara holistik dan menyeluruh serta berkesan.
  3. Mengambil kira bahawa setiap organisasi tempat kerja, sama ada awam ataupun swasta, perlu terus memberi keutamaan kepada program-program ke arah melahirkan sebuah bangsa Malaysia yang bebas rasuah, yang tinggi amalan berintegriti dan mengutamakan tadbir urus yang baik.
  4. Menekankan bahawa kepimpinan organisasi, sama ada kerajaan, majikan atau wakil pekerja, perlu memainkan peranan yang efektif ke arah melahirkan sebuah bangsa Malaysia yang bebas rasuah, yang tinggi amalan berintegriti dan mengutamakan tadbir urus yang baik.
  5. Tidak menafikan bahawa para pekerja sebagai pemegang taruh utama mempunyai dan perlu memainkan peranan efektif dan diberi ruang yang seluas-luasnya bagi membentuk Malaysia sebagai negara yang bebas rasuah, yang tinggi amalan berintegriti dan mengutamakan tadbir urus yang baik.

Sehubungan dengan itu, Simposium Khas Antirasuah dan Governans yang diadakan pada 16 November 2021 memutuskan perkara-perkara berikut perlu dilakukan dengan segera:

  1. Perjanjian Perundingan Kolektif (Collective Bargaining Agreement) memasukkan artikel khusus yang akan mencerminkan komitmen padu daripada pihak majikan dan pekerja bagi melahirkan sebuah bangsa Malaysia yang bebas rasuah, yang tinggi amalan berintegriti dan mengutamakan tadbir urus yang baik.
  2. Setiap majikan, sama ada sektor kerajaan, badan berkanun atau swasta,  mengadakan Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) di entiti masing-masing selari dengan ketetapan Pelan Anti Rasuah Kebangsaan (NACP).
  3. Setiap organisasi mewujudkan Jawatankuasa Bersama Majikan-Pekerja, yang akan membantu memantau dan memastikan amalan berintegriti dan tadbir urus yang baik dilaksanakan sepanjang masa.
  4. Setiap syarikat mewujudkan saluran bagi memberi maklumat mengikut struktur organisasi masing-masing dengan menyediakan program latihan yang sewajarnya untuk memastikan kemudahan saluran maklumat yang efektif.
  5. Menggesa Kerajaan dengan segera meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 bagi memberi perlindungan yang secukupnya kepada para pekerja yang menyalurkan/memberi maklumat berkaitan dengan rasuah di tempat kerja kepada pihak berkuasa.

UNI-MLC dan C4 Center percaya bahawa gandingan para pekerja di negara ini, yang jumlahnya lebih 16 juta orang atau 50 peratus daripada keseluruhan penduduk, mampu dan boleh melakukan perubahan holistik jika bersatu tenaga, sekali gus membebaskan Malaysia daripada sebarang bentuk amalan tidak berintegriti dan rasuah. Statistik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan sendiri menunjukkan bahawa bilangan pekerja yang terlibat dalam rasuah amat kecil berbanding dengan jumlah sebenar pekerja di negara ini.

          Oleh itu, para majikan dan pekerja boleh memainkan peranan besar untuk membawa perubahan drastik jika sama-sama berkomited untuk melakukan perubahan dengan melaksanakan segera kesemua lima perkara yang telah diputuskan dalam Simposium Khas Antirasuah dan Governans.

Gambar yang dilampirkan:

Resolusi telah ditandatangani oleh (dari kiri ke kanan) Tuan Haji Mohd Effendy Abd Ghani, Setiausaha Agung dan Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) sambil disaksikan oleh (berdiri dari kiri ke kanan) Sudhagaran Stanley, Pengurus Program Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme dan Nurhayati Nordin, Ketua Sekretariat RasuahBusters

DIKELUARKAN OLEH

Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) dan Center to Combat Corruption and Cronyism (C4 Center)

17 NOVEMBER 2021

Untuk sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan, sila hubungi 016-445 5678

SHARE THIS:

Share on facebook
FACEBOOK
Share on twitter
TWITTER

THANK YOU!

All publications by C4 Center are downloadable for free. Much resources and funds have been put into ensuring that we conduct cutting edge research work for these issues to be brought to the attention of the general public, authorities, as well as public policymakers and lawmakers. If you like our work, please do consider supporting us by donating to us. Your financial support will go a long way in ensuring that we can continue fighting for a clean, and better, Malaysia.