Bersih, C4, 110 NGO mahu Switzerland pulangkan RM433 juta dana 1MDB

PETALING JAYA: Bersih 2.0, Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisma (C4) dan 110 NGO tempatan lain hari ini melancarkan kempen mendesak kerajaan Switzerland memulangkan 104 juta Swiss francs (RM433 juta) kepada “rakyat biasa” di Malaysia.

Dana yang dikaitkan dengan pelaburan 1MDB itu dirampas daripada bank-bank di Switzerland oleh pihak berkuasa negara itu yang menyiasat dakwaan pengubahan wang.

“Kami mahu rakyat tahu mengenai wang itu dan kami boleh dapatkannya semula. Walaupun hanya dapat 50% wang itu, ia dianggap satu kejayaan,” kata Pengarah Eksekutif C4 Cynthia Gabriel.

Beliau menambah kumpulan itu memohon kerajaan Switzerland bekerjasama dengan yayasan bebas untuk menyalurkan wang itu kepada rakyat, dan bukan kepada kerajaan.

Kempen dilancarkan pada sidang media yang turut dihadiri Pengerusi Bersh 2.0 Maria Chin Abdullah dan ahli jawatankuasa pemandu Bersih Global, Ivy Josiah.

Menurut Josiah, undang-undang Switzerland membenarkan pihak terkilan atau negara mendapatkan semula wang itu.

“Undang-undang Switzerland membenarkan pihak terkilan atau negara mendapatkan semula wang yang diubah, bagi menambahbaik kehidupan rakyat di negara asal.

Click here to read more.